Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label hubungan seks. Show all posts
Showing posts with label hubungan seks. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Wow...Harga Dara Seorang Pelajar Perempuan RM218,062...Biar Betul, Murahnye???

Agak terkejut juga baca tajuk 'Pelajar Jual Dara RM218,062' dalam website Kosmo. Apalah manusia ni sekarang...senang2 nak jual harga diri. Begitu murahnye harga dara perempuan ni. Entahlah aku nak komen banyak, taklah layak sangat tapi mintalah dijauhkan kita umat Islam dari perkara tak elok ni. 



 Credit:Kosmo


AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.


Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.


Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.


Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.


Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor. 


Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.


Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.


Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi


p/s: Jangan ingat senang di dunia, di akhirat kita tak tahu senang ke kita...fikir2kanlah ye.

Saturday, May 8, 2010

Apa Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan Ye? Nak Tahu, Jom Terjah!

 Credit:Google


Bercinta then berkahwin memang indahkan. Namun ingat dalam menempuh alam perkahwinan ada 8 perkara yang akan anda temui. Jangan terkejut pula ye. 


Bersedialah untuk menghadapi cabaran & ujian di alam perkahwinan. Biasalah hidup berdua bermacam2 perkara akan berlaku sebab dua2 tak sama perangai ma. 


8 perkara memeranjatkan dalam perkahwinan..........apa komen anda, betul ke?


1. BERKAHWIN TAK BERMAKNA ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN LAGI

Dalam perkahwinan, sudah menjadi lumrah andai adanya pertikaian.. Andai ada tidak bijak mengatasinya, tak mustahil ianya akan berterusan. Dan…tidak mustahil juga anda akan keseorangan lagi…

Friday, April 9, 2010

Akibat Menolak Hubungan Kelamin, Muka & Tubuh Melecur!!

Seramnye dpt suami mcm ni.
Pasti kalah judi, then balik nk buat hubungan seks.
Dahlah bini kurang sihat, nk paksa jg.
Bila tk layan, simbah bini dgn cuka getah.
Kejam btllah...minta dijauhkan dpt suami mcm ni.
Seram sejuk aku dbuatnya!!


KUANTAN - Gara-gara isteri enggan mengadakan hubungan seks, seorang suami yang dipercayai tahi judi naik berang sehingga sanggup menyimbah asid ke muka dan tubuh isterinya menyebabkan wanita itu cedera parah dalam kejadian di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2 di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian pada pukul 2 pagi, lelaki berusia 47 tahun itu dikatakan baru sampai ke rumah selepas dipercayai keluar bermain judi.

"Suspek yang bekerja sebagai peneroka itu pulang dalam keadaan marah-marah. Dia terus masuk bilik tidur sebelum mengejutkan isterinya untuk mengadakan hubungan kelamin.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."