Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label haiwan. Show all posts
Showing posts with label haiwan. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Nak Tengok Farid Kamil Bercinta Dengan Orang Utan? Issss...Gila Ke Apa!!!

Credit:Mstar


Isss....siapalah yang dengki sangat dengan Farid Kamil ni, iye? Sampai tulis di ruangan pojok pada sebuah akhbar mengatakan ingin melihat pelakon itu bercinta dengan seekor orang utan. Tak patut...tak patut.....memang kes dengki gila dengan Farid Kamil yang popular macam nak rak ni. Kalau tak, takkan sampai tulis macam tu. 


Memang tak sopan betullah orang tulis ayat tu. Siapa tak kecil hati mendengarnya. Ni kan Farid Kamil, kalau aku. Fuh memang siap kena tiaw dengan aku orang macam tu.

"Itu satu penilaian yang kurang sopan apabila ayat itu mengaitkan saya dengan seekor haiwan mamalia.

"Saya kecewa bila orang menilai saya sebegitu rupa. Apa-apa pun, terima kasih kepada orang yang ingin melihat saya bercinta dengan orang utan. Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk diri saya," katanya dengan nada sinis.


Tapi, apa pun sabar jelah Farid Kamil, biasalah manusia macam tu. Tak senang tengok orang senang. Kalau dengki sekali pun, jangalah kaitkan seseorang tu dengan haiwan. Diakan manusia, jangan letak taraf orang lain tu setaraf dengan haiwan. Manusia dan haiwan berbeza tau. Kalau tak tau beza, p masuk sekolah rendah balik. Ulang belajar lagi...hehehe. Jangan marah, nanti kena jual.


Info penuh baca sini:

"Bercinta Dengan Orang Utan" - Farid Kamil Kecewa

Friday, September 17, 2010

Aneh: Haiwan Mirip Lembu Bertanduk 2 Ditemui

Memang aneh...tp itulah ciptaan Allah yg unik skali.

 Sumber:Kosmo

VIENTIANE - Seekor haiwan mirip lembu yang mempunyai dua tanduk di bahagian kepala telah dilihat buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad selepas ia ditangkap oleh penduduk kampung di wilayah Bolikhamxay, Laos, lapor sebuah akhbar semalam. 


Haiwan itu yang mempunyai bentuk seperti lembu liar tetapi mempunyai dua tanduk dikenali dengan nama Saola. 


Apabila berita Saola ditangkap pada lewat Ogos lalu tersebar, anggota-anggota Pertubuhan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar dihantar untuk memeriksa dan melepaskan binatang tersebut yang kali terakhir dilihat pada 1999. 


Malangnya, Saola dewasa itu mati dan gambarnya ketika hidup sempat dirakamkan. - Agensi

Monday, August 23, 2010

Lembu Berkepala Dua Di Serbia



SOPOCANI - Seekor anak lembu berkepala dua dilahirkan di sebuah ladang di Sopocani, Serbia, lapor sebuah akhbar semalam.


Seorang petani, Radomir Timotijevic, pada mulanya enggan mematuhi arahan doktor haiwan yang menasihatinya membunuh anak lembu tersebut selepas ia dilahirkan lebih sebulan lalu.


"Saya tidak akan membiarkan anak lembu itu menderita. 


"Saya menyusukan anak lembu itu dengan sebiji botol dengan tangan dan ia kini sudah mengenali suara saya dan mengekori ke mana sahaja saya pergi," kata Radomir. - Agensi

Saturday, July 24, 2010

Wajarkah Polis Pamer Pelacur Di Tepi Jalan?

Cuba fikir kejap...wajarkah tindakan polis China ni?
Pasti ada yg menentang tindakan tsebut dan juga sebaliknya.
Kalau aku....entahlah...sukahati engko orglah...haha3.


GUANGZHOU - Polis China mula bertindak tegas bagi memerangi kegiatan pelacuran di bandar raya ini yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Asia XVI pada November depan, lapor sebuah akhbar semalam.


Namun, orang ramai terkejut apabila beberapa pelacur yang ditangkap berdiri tanpa kasut dengan tangan bergari di tepi jalan.


Pekerja-pekerja seks yang ditangkap itu berdiri pada waktu panas bagi mengelak mereka melarikan diri.


Seorang wanita China yang dikenali sebagai Wan Yu sempat merakamkan gambar-gambar pelacur tersebut menerusi telefon bimbitnya dan kemudian dihantar kepada beberapa laman Internet.


"Wanita-wanita itu masih muda dan sepatutnya mereka diberi sedikit rasa hormat.


"Mempamerkan mereka di jalanan seperti haiwan itu di depan orang ramai bukanlah cara untuk melayan mereka," katanya.


Seorang jurucakap polis mempertahankan tindakan mereka selepas pekerja seks itu enggan bekerjasama mendedahkan maklumat tempat aktiviti pelacuran.


Pelacur-pelacur itu berjalan bersama seorang lelaki yang dipercayai sebagai bapa ayam ke sebuah balai polis di Guangzhou.


Kegiatan pelacuran berjaya dikekang semasa Presiden China pertama, Mao Zedong memperkenalkan Revolusi Budaya pada 1960-an hingga 1970-an dengan mengasingkan lelaki dan wanita serta membanteras habis-habisan aktiviti tidak bermoral.


Namun, aktiviti pelacuran haram meningkat selepas China mengalami pertumbuhan pesat ekonomi dan nilai-nilai Barat dibawa masuk sehingga banyak bandar kecil mempunyai kawasan pelacuran manakala perkhidmatan seks ditawar di hotel-hotel. - Agensi
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."