Credit:Google
Bayangkan tikus yang cute dalam gambar atas tu menjadi santapan anda. Yelah dah campur dalam kuah roti canai, manalah engko org tau. Yang engko org ingat...sedapnya...hahaha.
Ieeeeeee......tak dptlah aku bayangkan kalau aku yang termakan kuah or daging tikus ni. Nak muntah pun ada. Kalau tak tau...oklah..kalau dah tau. Pasti termuntah2. Apalah punya kedai jual roti canai ni. Tak jaga kebersihan betul. Jom boikot sama2.
Kangar - Seorang pemuda serik untuk mengunjungi sebuah restoran di sini, selepas loya dan muntah teruk apabila termakan kari yang didakwa mengandungi tikus ketika membeli roti canai di restoran berkenaan.
Kejadian serupa turut berlaku ke atas tiga adiknya apabila memakan roti canai dicicah kari itu pada malam Ahad lalu.
Mohd Shafiq Abdul Karim, 23, mendakwa, dia termuntah dan berasa loya selama tiga hari selepas menyedari kari dimakan bersama tiga adiknya adalah kuah tikus.
