Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

Jangan Miang Sangat Boleh Tak, Kena Tampar Baru Tau!

Geram betul aku dibuatnyaaa



Benci betullah aku dengan laki miang ni. Tak de kerja lain ka. Nak kacau orang je. Aku tak mangharap sangat kata2 pujian yang bernada gatal. Naik meluah aku dengar tau. Simpan je kata2 tu buat perempuan lain. 


Kalau aku dah tak tahan, asyik engko cakap benda2 yang mengelikan. Siap. Aku tampar mulut tu. Tak pun melayang pingan kat kantin tu kat muka engko. Baru padan muka. Geram betul aku dibuatnya dengan sikap laki macam ni. Nasib aku masih bersabar lagi. Kalau makin melampau, siaplah. Tunggu je. Fuh….garang betul aku ni…ha2.

Tuesday, May 4, 2010

Broadband...Kalau Tak Buat Pasal Boleh Tak? Lembap Betullah!

Geramnyeeeeeeeee


Naik geram betul aku dengan broadband Celcom malam ni. Lembap tahap gaban dah ni. Nak jenguh2 blog member lain pun payah. Loadingnya lebih lambat dari kura2 yang berlumba dengan rabbit lagi tu. Sabar jelah.



Kadang2 fikir mahu je tukar pada P1 W1max. Tapi risau sini tak ada. Nanti rugi pula belinya. Siapa yang pernah guna P1 W1max ni? Ada okkah dari broadband seperti celcom, digi & maxis yang kadang2 mbuat aku naik gila.............eeeeeeeeeeee...geram betul.

Thursday, April 15, 2010

Mana Pergi Akal Waras Manusia Zaman Sekarang, Nak Dera Anak Sampai Mati Je Kerjanya!!

Emosi btl aku baca berita psl budak kecik kena dera sampai mati ni.
Entah jenis manusia apalah zaman ni.
Tll moden, sampai hilang pemikiran waras & rs timbang rasa.
Aaa....geram btl.
Dahlah kes buang bayi msh hangat dperkatakan.
Ni kes dera pula.Tak habis2 lg ka?
Kerajaan tolong bagi tindakan yg lbh tegas kpd manusia sebegini.

 Mangsa dera...cian btl!

SERI KEMBANGAN - Lagi kanak-kanak mati dipercayai didera.

Belum pun reda kisah Syafiah Humairah, 3, meninggal dunia akibat didera teman lelaki ibunya di Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor pada 26 Februari lalu dan K. Hareswarral, berusia setahun enam bulan mati didera suami pengasuhnya di Pangsapuri Seri Ara Damansara, Petaling Jaya pada 6 Mac lalu, seorang lagi kanak-kanak mati dipercayai didera semalam.

Kali ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan Jasmine Lee@ Lee Swee Hui, 3, dipercayai didera seorang lelaki sejak seminggu lalu.

Monday, February 8, 2010

Pandai Pinjam, Bila Time Minta Bayar Banyak Alasan Engko Ye!!



Ni yang aku tak suka ni, dengan perangai kawan-kawan. Bila time nak pinjam duit bukan main buat muka kasihan. Bagi janji akan bayar hujung bulan. Itulah, inilah. Ni apa dah jadi? Sebulan dah lepas, dah masuk tahun baru dah ni. Hutang engko bila nak bayar ha!!

Bila aku minta engko bayar. Engko banyaklah bagi alasan. Ingat duit tu datang bergolek ke? Kalau aku tak ingat engko tu kawan aku Memang dah lama aku marah engko. Dah berbulan-bulan engko tak bayar. Hendak aku tiap bulan tanya engko bila nak bayar ka? Macam aku pula yang hutang dengan engko. Nak aku diam je. Rugilah. Tu duit titik peluh aku. Atas usaha aku. Bukan nak bagi engko free je. Setakat seringgit dua bolehlah. Ni beratus beb! Ingat senang ka dapat duit tu, kalau tak usaha. Benci betul aku. Jangan sampai aku hilang sabar sudahlah. 

Saturday, July 4, 2009

Cutenye Baby...Geram Tengok.

Sapa yg tk suka baby kan....sy pasti 100% ramai yg suka baby coz mrk ni cute2. Tgk gambar d bawah ni...cutekan. Dpt baby cute2 mcm ni geram juga tgk...hahaha.
waa...bgaya pula baby ni..anak sapa ya??
dpt baby kembar pun..best gak.
comelnye........picit pipi dia..hahaha.
jelingan manja..hehehe.
aduh...muk nk nangis je...senyum sikit baby.
pandai btl baby ni post...besar nanti nk jd modeling ke?
Eh...sapa tu ya...tgk aku smcm je..tahulah aku ni comel..hehehe.



p/s: Kalau ada gambar cute2 tu...sharelah kat sy. Suka tgk baby cute2 ni....senang rs hati.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

↑ Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."