Credit:MiloSuam
Aku ada ternampak post pasal cerita Saiful Apek pakai baju lokap ni semalam. Aku taklah kisah sangat. Sebab aku fikir maybe cerita pasal movie beliau ke apa. Tapi bila aku baca pasal berita Saiful Apek Sembunyi di Kosmo. Terkejut pula. Takkanlah Saiful Apek salah seorang penagih dadah?? Entahlah...info belum pasti lagikan.
Saiful Apek sembunyi
SUBANG JAYA - Pelakon dan pelawak, Saiful Apek (gambar) dibebaskan dengan jaminan polis selama dua minggu atas tiga tuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah setelah tahanan reman terhadapnya berakhir semalam.
Ketika dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, pada pukul 4.20 petang semalam, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saiful Azam Mohamad Yusoff, 41, cuba mengelak daripada pihak media dengan melalui pintu belakang balai polis.
