Pelik betullah. Kalau nak anak, kenapa tak nak berkahwin dan berkeluarga je kan. Ni tak, cari ibu tumpang untuk anak lelaki beliau tu. Entahlah apa yang Cristiano Ronaldo fikirkan, kita pun tak tau. Maybe nak jaga status or imej. Manalah tau kan???
LONDON - Ketua pasukan bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo didakwa membayar 'seorang ibu tumpang' untuk mendapatkan anak lelakinya yang dilahirkan semasa skuadnya bertanding di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Semalam, akhbar-akhbar menyiarkan pengakuan Ronaldo bahawa dia kini menjadi seorang bapa tetapi identiti ibu yang melahirkan anaknya dirahsiakan kerana pemain tersebut dikenali ramai masih bujang.
Akhbar Diario de Noticias melaporkan bayi itu dikandung ibu tumpang tersebut sejak musim panas lalu di San Diego, Amerika Syarikat (AS) semasa Ronaldo sedang bercuti.
Bayi seberat 4.30 kilogram itu dilahirkan pada 17 Jun lalu ketika bintang pasukan Portugal itu berada di Afrika Selatan untuk perlawanan Piala Dunia 2010.
Menurut sebuah akhbar, anak itu hasil hubungan Ronaldo dengan seorang wanita AS yang dibayar supaya menyembunyikan identitinya.
Bayi itu kini dipercayai dijaga oleh keluarga pemain tersebut di Algarve, selatan Portugal.
Kakak Ronaldo, Katia Aveiro menyatakan berita Ronaldo menjadi bapa itu adalah benar.
Aveiro memberitahu, bayi tersebut mempunyai mata dan rambut berwarna coklat seperti Ronaldo.
Stesen televisyen RTP di Portugal mendakwa bayi yang dilahirkan setinggi 53 sentimeter itu akan dipanggil Ronaldo.
