Credit:Google
Attention kaum lelaki, ni nak bagi warning sikit agar anda tak terjebak dengan kaum wanita yang saya listkan kat bawah ni. Kalau anda ingin terjebak juga. Sila tanggung akibatnya ya. Sendiri cari pasal, so sendiri meranalah. Itulah tak dengar cakap orang....ha3.
List2 di bawah ni merupakan satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi oleh kaum lelaki agar mereka bebas dari segala masalah. Ingat tu!!
1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
