Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label beckham. Show all posts
Showing posts with label beckham. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

Beckham + Pelacur = Fitnah

Alahai manusia ni mcm2lah.
Nak musnahkan hidup org lain, sebar mcm2 fitnah,
Kalau pkara btl tk pelah.
Ni tak...pkara sbaliknya. Kan buat naya je.

Beckham mahu cari pelacur yang fitnahnya

LOS ANGELES - Pemain kelab bola sepak LA Galaxy, David Beckham kini mengupah barisan peguamnya untuk mencari seorang pelacur, Irma Nici kelahiran Bosnia tetapi dibesarkan di Britain untuk memberi writ saman fitnah, lapor sebuah akhbar semalam.


Pelacur itu kini sedang bersembunyi selepas dia membuat kenyataan di sebuah majalah AS bahawa Beckham melakukan hubungan seks dengannya bersama seorang lagi wanita secara serentak. 


Seorang rakan pemain bola sepak itu berkata: "Beckham bersedia untuk mencari wanita itu yang dilihat membuat satu fantasi yang sempurna yang amat melukakan dirinya (Beckham) dan keluarganya."


Irma mendakwa bahawa Hotel Merdien Le Parker di New York merupakan tempat dia dan seorang lagi wanita melakukan hubungan seks dengan Beckham pada 2007. 


Bagaimanapun, rakan Beckham itu berkata, bintang bola sepak boleh membuktikan dia tidak berada di hotel tersebut bersama pelacur tersebut.


Seorang pakar undang-undang media AS, Sandy Baron berkata, Beckham, 35, boleh mendapat ganti rugi fitnah yang boleh mencecah sehingga £5 juta (RM24.31 juta).


Sementara itu, isteri Beckham, Victoria, 36, memberitahu saudara-maranya bahawa dia berdiri di belakang suaminya berhubung fitnah tersebut. - Agensi

Tuesday, September 21, 2010

Beckham Diurut Tukang Urut Tua....Apa Salahnya???

Apa yg nk dihairankan kalau Beckham tu diurut tukang urut tua?
Tk salah pun...hak masing2.
Tp kan...mn tau isteri beliau jeles, so tk kasi beliau urut dgn perempuan muda.
Manalah kita tau...kan???

Sumber:Kosmo


LOS ANGELES - Seorang pemberita akhbar The Sun menyamar sebagai pelanggan sebuah rumah urut di sini yang mengupah wanita Thailand untuk melakukan urutan selepas bintang bola sepak terkenal, David Beckham berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan mengurut di tempat sama.


Akhbar tersebut melaporkan, Beckham meluangkan masa sejam di tempat itu, di sini, semasa ketiadaan isterinya, Victoria, 36, baru-baru ini.


Beckham berada di bandar raya ini kerana dia bermain dengan kelab bola sepak LA Galaxy.


Bekas ketua pasukan bola sepak England berusia 35 tahun itu dilihat meninggalkan Lamai Thai Massage di Pantai Venice selepas dia membayar £26 (RM124) dan memberi tip sebanyak £20 (RM96.65).


Rumah urut itu mengupah tukang urut yang kebanyakannya terdiri daripada wanita Thai berusia 50 tahun ke atas.


"Satu-satunya wanita cantik di premis itu ialah penyambut tetamunya," kata wartawan berkenaan.


"Para pelanggan perlu menanggalkan pakaian mereka dan memakai seluar pendek yang diberikan," tambahnya.


Menurut akhbar The Sun, bintang bola sepak antarabangsa berkenaan terpaksa dipijak oleh seorang tukang urut wanita berkaki ayam seperti yang telah dilakukan terhadap wartawan tersebut. - Agensi
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."