Dalam keboringan hujung minggu...apa kata layan movie 'Nur Kasih The Movie' pula. Jalan cerita oklah juga...menarik. Tak caya...layanlah sendiri.
Credit:Youtube
Sinopsis : Nur Kasih The Movie adalah sebuah cerita  bagaimana sebuah keluarga menghadapi setiap ujian daripada Tuhan.  Kematian isteri Aidil telah memberikan kesan yang mendalam terutama  kepada Aidil sendiri. Dia ditemani oleh dua orang anaknya iaitu Illyas  dan Mariam. Adik kepada Aidil yang bernama Adam dan juga isterinya Nur  Amina turut membantu untuk memberi semangat kepada Aidil. 
Setelah Aidil  kembali pulih, Adam dan Nur Amina pulang ke bandar untuk menjalani hidup  seperti biasa. Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya Nur Amina  mengandung. Berita gembira ini telah membuatkan semua orang gembira  terutama Adam sendiri. Tetapi kegembiraan tersebut tidak berpanjangan  kerana kandungan tersebut telah keguguran.
Akibat daripada kesedihan itu, Adam dan Nur Amina telah pergi ke Jordon untuk menenangkan diri. Mereka melawat banyak tempat-tempat bersejarah di sana. Sehingga pada suatu hari, mereka telah terlibat dalam satu kemalangan keretapi.
 

 
 
 
1 comments:
teringin nak tengok...tp tak berkesempatan lg
Post a Comment