Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Saturday, January 8, 2011

Sesi Bertemu Bakal Mak Mertua...Perlu Ke Tips Ni???

Berdebar rasa nak jumpa bakal mak mertua.


Berdebar rasanya menanti hari esok, sebab esok pertemuan pertama aku dengan bakal mak mertua aku. Rasa tak tentu je hati dan fikiran aku malam ni. Fikir2 apa yang nak dilakukan bila jumpa nanti and apa aku nak dibualkan. Dahlah aku ni jenis tak pandai nak berborak2 dengan orang tua, nak ambil hati mereka jauhlah sekali. 


Aku ni jenis yang suka diam, tak banyak cakap. Just banyak cakap dengan orang yang terdekat dengan aku je. Dalam rungsing memikirkan apa berlaku esok. Aku jenguk2 di google, terjumpalah entry menarik ni......so apa lagi sharelah kat sini. Lagipun situasi sama dengan apa yang akan aku tempuhi esok. Mana tau berguna juga untuk anda!

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan “bersempena” seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda. 

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa… lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal. 

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun “surpriseee”.

Silap hari bulan… anda yang akan “surprise”. 

Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar “tengkorak berdarah”… kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan “mat motor” anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack. 

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian. 

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu dan mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawab. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.  

Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai “topik perbualan”, maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda sememangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?.  
Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti. 

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda. 

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan. 

Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh “mahsyuuukkk” orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). 
Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato… bak orang kata.. “angguk”kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.
Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke”kampung”an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan..Tak percaya? Anda boleh cuba… 

Emm...menarikkan tips ni tapi tak taulah macam mana situasi esok. Walaupun bf bagitau, mak dia biasa2 je tapi aku tetap tak yakin dengan diri sendiri.........alahai macam ni. Mudahan semuanya berjalan dengan ok je. Amin.

9 comments:

Peeka Syuhada said...

i ve been reject last year by 'bakal mak mertua' yg x jadi..sebab i dgn die, susah nak get along . =p *i really need this .

Admin said...

oh ya ke...aduh risaunye mcm tu...hope tips ni bguna utk Shafika juga...good luck again

Hanis Amanina said...

nanti insya-Allah guna menda ni. mudah2an satu hari nanti. hehe. skrg takde lagi

Unknown said...

jangan lupe gosok baju..jgn pakai bju berkedut..1st impression important

Admin said...

Amanina...akan sampai msnye kelak.

cepet...ok tq...hope semua ok, Amin

Roxy zai said...

hehehe..sy dah jmpa dah..sempoi2 je coz mmg dah biasa dr kecik..untung2 kapel dgn anak dia plak coz xpernah kenal anak dia masa kecik2 dlu..hehehe..^__^

Admin said...

Roxy..untungnye badan...tk payah fikir byk kalau nk jumpa bakal mak mertua ni...

Ernyassmien said...

saya nak use tips ni untuk hari Jumaat ni..for the first time i will meet my bakal mertua..and for the first tiem some1 bring me to knows very close with his parents. and his parents also wanna to meet me and ask me "some" quest that i will make me sooo nervous..Moga Allah Mudahkan segalanya..it was the result.if his parents like me..Alhamdulillah..Next episod will be begin..gud luk for me and thks for the info :)

Izie Suffer said...

tapi saya nak berbual dgn dia psal lain mcm bkal ibu mertua saya ni da pencen.. xkeje lagi haaahh mcm mne tu?

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."