Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Monday, December 28, 2009

Cintailah Alam Kita..Ye Ke Cinta Ni?




Adakah anda salah seorang pencinta alam? Ataupun salah seorang pemusnah alam? Tepuk dada, tanya minda anda.Sepertimana anda maklum alam tempat kita berlindung sekarang telah mengalami perubahan dari hari ke hari. Bumi kita yang semakin tua ni, makin dicemari oleh kegiatan manusia yang tidak bertimbang rasa.

Penerbangan hutan tanpa kawalan, pembuangan sampah merata-rata, penggunaan bahan yang boleh menghakis ozon dan banyak lagi perkara-perkara yang dilakukan oleh manusia menyebabkan keadaan bumi dan alam makin diselebungi bahaya yang bila-bila masa boleh berlaku.

Menyedari hakikat inilah juga, syarikat tempat saya kerja mengadakan program ‘cinta alam’ dengan mengadakan penanaman pokok. Mungkin juga untuk menjayakan program Iso cinta alam yang diamalkan oleh syarikat kami. Apa-apa pun sebabnya, yang penting program penanaman pokok serba sedikit dapat menyelamatkan alam yang kita cintai selama ini.




Waa...rajin betul mereka ni, semangat cinta alam katakan. 

Aktiviti penanaman pokok ni berdekatan dengan kilang tempat kerja saya. Semua yang terlibat adalah budak-budak office, yelah turn kami pula tanam pokok. Masa ni saya tidak sempat ikut serta sebab masa tu saya keluar untuk kelas memandu. 

Saya sudah habis kelas memandu, mereka sedah habis tanam pokok. Rugi betul tak dapat ikut. Best juga kalau ramai-ramai tanam pokok ni. Meriah sikit. Yelah, sampai ada yang posing habis selepas tanam pokok. Gambar tu saya tak naklah post sini. Nanti tuan punya gambar marah saya pula.

Oklah..........cintailah alam selagi ia masih ada..............................muaaaaaaaaah i love u, ALAM

Nukilan; 



4 comments:

Unknown said...

saya adalah percinta alam yang sejati

Unknown said...

kempen yang bagus

Admin said...

cewah...hehehe cinta alam..jom tanam pokok

Admin said...

cewah...hehehe cinta alam..jom tanam pokok

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."