Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Friday, September 30, 2011

Cuti2 Malaysia :)

Credit:Google


Emmm...agak lama juga tak update blog aku ni...dah nak bersarang labah2 ni...hehehe. Biasalah aku ni kurang rajin nak update dah blog ni. Malas. Lagipun aku banyak buzy dengan persiapan majlis perkahwinan yang tak lama lagi akan diadakan...bila? Tunggu....sampai masa aku hebohkan satu dunia...hehehe.



Apa2pun yang penting sebelum tiba masa itu aku nak pi enjoy puas2 dulu. Pi jalan2 shopping dan nikmati saat single sepuasnye sebelum double. Tapi tak bermaksud buat benda tak elok. Itu jauh sekali ye....:)
Oklah....esok aku nak terbang ke bandaraya Kuching Sarawak. Sambil jalan2 dengan member, sambil itu beli barangan hantaran dan persiapan kahwin. ........chow dulu.

Saturday, September 10, 2011

6% Tax Untuk Service Prepaid & Simpack...Buat Kecoh Saja!!!


Gempak juga kes 6% tax yang dikenakan oleh pihak Telco ni....siapa tak gempak, rata2 kita semua pelanggan setia prepaid ni dan tiap hari spend beberapa ringgit untuk berhubung dengan orang tersayang. Kalau dah kena tax, bertambahlah beban sikit.


Kalau dilaksanakan juga 6% tax ni...entah apa yang akan berlaku. Nak tak nak terpaksa juga beli prepaid reload walaupun kena bayar lebih. Tak pun kira cari telefon awam...hehehe. Apa2 pun hope pihak kerajaan pertimbangkan lagi kes 6% tax ni. Nanti tak pasal2 ada pula yang memberontak sebab kes ini...yelah aku tengok ramai yang tak berpuas hati termasuklah aku.

Kaji semula caj enam peratus

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) meminta syarikat telekomunikasi (Telco) supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna produk tambah nilai dan pek permulaan talian prabayar kerana ia dilihat membebankan rakyat...berita lanjut:Kosmo.


 Emm...apa komen anda. Aku no komen banyak. Nanti kena saman pula cakap benda mengarut....tapi sebagai pengguna kita berhak bersuara...kan. :)

Tuesday, September 6, 2011

Layan Nur Kasih The Movie 2011 (Full Movie) Pula :)

 


Dalam keboringan hujung minggu...apa kata layan movie 'Nur Kasih The Movie' pula. Jalan cerita oklah juga...menarik. Tak caya...layanlah sendiri.


Credit:Youtube



Sinopsis : Nur Kasih The Movie adalah sebuah cerita bagaimana sebuah keluarga menghadapi setiap ujian daripada Tuhan. Kematian isteri Aidil telah memberikan kesan yang mendalam terutama kepada Aidil sendiri. Dia ditemani oleh dua orang anaknya iaitu Illyas dan Mariam. Adik kepada Aidil yang bernama Adam dan juga isterinya Nur Amina turut membantu untuk memberi semangat kepada Aidil. 


Setelah Aidil kembali pulih, Adam dan Nur Amina pulang ke bandar untuk menjalani hidup seperti biasa. Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya Nur Amina mengandung. Berita gembira ini telah membuatkan semua orang gembira terutama Adam sendiri. Tetapi kegembiraan tersebut tidak berpanjangan kerana kandungan tersebut telah keguguran.


Akibat daripada kesedihan itu, Adam dan Nur Amina telah pergi ke Jordon untuk menenangkan diri. Mereka melawat banyak tempat-tempat bersejarah di sana. Sehingga pada suatu hari, mereka telah terlibat dalam satu kemalangan keretapi.

Saturday, September 3, 2011

Cinta Muka Buku Official Video Clip - Najwa Latif

 http://3.bp.blogspot.com/-9c78Qq6VPp4/TjoapvQIeeI/AAAAAAAAAWM/MLD9TcLU708/s1600/images%2B%25281%2529.jpg


1st time dengar lagu 'Cinta Muka Buku' ni...itu pun tunang tujukan khas untuk aku. Tak sangka ada juga lagu sempoi ni...lebih2 lagi sekarang ramai yang bercinta di muka buku ni...hehehe. Jom layan lagu ni...:)


 Credit:Youtube

Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku
Artis/penyanyi: Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu

ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu

oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja

Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…

Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta

Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya

Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo

Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

Lawak Kuih Di Hari Raya Ini

 Tak kira bulan puasa or raya or hari2 biasa...bermacam2 kuih kita jumpa dengan bermacam2 nama yang pelik2 dan ada kalanye memang lawak juga. 

Antaranye:



Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling busuk = Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih untuk Sam Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
Kuih dangdut inul = kuih goyang @ kuih rose
Kuih pengacara majlis = kuih Cara Kuih yg suka api = Kuih Bakar kuih atas langit = kuih kapai terbang
kuih pandai menari = kuih goyang
Kuih paling ganas = kuih BoooMM..!!
Kuih xbulih makan tp org suka makan = kuih sarang semut
Kuih pengacara majlis yg baju dia comot = Kuih Cara berlauk
Kueh yang lama tertinggal orang tak makan = kueh abuk-abuk
Kuih yg banyak buat dosa = kuih talam dua muka
kuih yang ayu = kuih putri ayu
kuih yang pergi Mekah = kuih Tok Aji Serban
kuih ada lampu = kuih tepung pelita
kuih bukan kuih = kuih tiaw
kuih suka senyum = kuih apam senyum
kuih mekap tebal = t epung gomak
kuih ala hispanis = kuih lopez
kuih paling kaya = jala emas
kuih paling jauh = kuih bulan
kuih paling banyak = kuih muih
Kuih confuse = quaker oat (kuih ke oat?)

Alahai macam2 kan...;) :)



Aaaaa.......Banyaknye Kerja Nak Siapkan :(

Cuti raya dah berlalu...sekarang time keje. Fuh....tak dapat dikatakan banyaknye keje. Biasalah tu kalau time cuti memang bertimbun jugak keje. Boriiiiiiiiiiiiiiiiiiingnye.






Alahai keje keje keje.....balik dari cuti khamis lepas. Banyak keje kena siapkan. Costing kena siapkan untuk 4 hari.......boleh naik stress juga dibuatnye.






Aaaaa....nasib dapat control sebab puasa time tu. Hehehe...puasa sunat syawal. Walaupun rasa stress terpaksa jugak siapkan secepat mungkin sebab bos2 dah tak sabar nak terima report....teruk betul mereka tu......tak reti nak sabar langsung. Semua nak cepat. Tak faham2 situasi aku yang terpaksa secepat mungkin menyiapkan semua report. 4 hari pula tu..kena siapkan dalam sehari before 12 tengahari. Geraaaaaaaaaaam betul.


 Tapi apakan daya aku ni just kuli biasa je..makan gaji. Hehehe....apa2 pun aku dah settelkan serba sedikit keje termasuk amended keje2 penganti aku sepanjang aku cuti. Penat betul.

Friday, September 2, 2011

Puasa Bulan Ramadhan Dah Berlalu, Apa Kata Kita Tunaikan Puasa Sunat 6 Hari Di Bulan Syawal :)

Emmm...macam mana sambutan raya tahun ni, meriah tak or biasa2 aje. Bagi aku tahun ni sambutan raya agak suram sikit. Macam tak de semangat je nak sambut. Apa pun yang penting dapat berkumpul bersama dengan semua ahli keluarga. Walaupun cuti taklah panjang pun. 




Bulan Ramadhan dah berlalu...sesiapa yang berhajat nak puasa lagi di bulan syawal dipersilakan...amat2 digalakkan untuk mengerjakan puasa sunat 6 hari di bulan syawal. Kelebihan berpuasa bulan syawal ni amatlah berharga tahu. Nak cerita lebih detail mengenai puasa sunat 6 hari di bulan syawal ni, aku taklah tahu sangat. Tengah belajar juga ni.


Di bawah ni petikan yang aku dapat dari facebook 'Mudahnye Islam'. Kadang2 bila baca perkara pasal puasa di bulan syawal ni di website lain, buat aku keliru, sebab tu aku kadang2 bagi komen di facebook 'Mudahnye Islam' minta perjelaskan apa yang kabur...:)
 
Abu Ayyub Al-Anshari RA meriwayatkan, Nabi SAW bersabda :

"Sesiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).

Emm....Maha Pengasihnye Allah kerana memberi nikmat yang cukup berharga buat umat Islam sekiranya mengerjakan puasa sunat 6 hari di bulan syawal. So, jangan lepas peluang ni tau. Oh ya...kalau nak tahu serba banyak mengenai puasa sunat 6 di bulan syawal, kenalah rajin2 google ye. Aku pun tengah belajar ni...nak bagitau banyak, takut terpesong pula...payah nanti.
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."