Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Sunday, May 30, 2010

Selepas Kahwin, Apa Yang Anda Selalu Impikan?

Credit:Google


Kahwin…seronoknya kalau dapat berkahwinkan. Dapatlah bersama orang yang kita cintai sentiasa. Siang dan malam. Yang paling penting ada orang disisi kita semasa kita susah mahupun gembira. So, adalah orang tempat kita bergantung harap dan perlu sentiasa. Lebih2 lagi masa menempuhi usia tua.


Alangkah bahagia, kalau perkahwinan itu sentiasa disinari cahaya keimanan dan kebahagiankan. Sentiasa hangatkan cinta dan kasih sayang hingga akhir tua…kan best. Kalau boleh aku pun nak macam tu. Haraplah…hehe3.


Sebenarnya lepas anda mendirikan mahligai syahdu apa yang anda impikan? Topik kita not about seks or manja2 ye. Sila fokuskan pada benda yang positif ok. 


Selepas kahwin, kalau dalam fikiran akulah. Rasanya semua orang macam tu juga. Pastinya mahu jaga keharmonian rumahtangga agar kekal hingga akhir hayat dan selamanya. Betul tak? Tipulah kalau tak. 


Sesiapa yang kata tak tu maksudnya dia suka2 nak kahwin. Nak permainkan perasaan dan merosakkan hidup pasangannya or just atas kehendak nafsu seks je. Orang macam ni harus dan mesti dijauhi ok….anak2 sekalian.


Apa lagi ya…oh ya. Kalau kahwin pasti mahu zuriatkan…anak2 yang akan menyerikan lagi istana bahagia anda. Tapi nak berapa orang ya? Nak satu team pasukan bola boleh tak? Fuh…jenuh nak beranak tu…ha3. Tapi kalau dah rezeki, tak salah pun..betul tak.


Ada setengah orang kalau lepas kahwin tak suka diam bersama mertua. Emm ada setengahnya memang tak kisah. Kalau aku, kalau boleh tak mahulah. Rasa tak selesa sikit. Lagipun aku ingin memiliki dan diam di rumah sendiri. Nak buat apa2 saja hiasan kat rumah sendiri tak jadi masalah. Tak ada yang kecik hati ma. 


Bukan bermakna diam dengan mertua salah. Cuma aku ni kurang selesa kalau macam tu. Lagipun impian setiap orang mahu menguruskan rumahtangga sendiri dengan aman..hehe3. 


Apa lagi ye? Cuma fikir. Aku belum kahwin, so tak tahu nak fikir apa lagi impian lepas kahwin. Yang tu je aku fikir saat dan ketika ini. Maybe banyak lagi yang lebih menarik…kan. Sila beri pandangan sikit, wahai pengunjung yang murah hati.

Friday, May 28, 2010

Betul Ke Makna Beli Seluar Dalam, Nak Buat Dot Dot?

Credit:Google


Aku ni kalau beli barang memang tak pernah fikir ada makna tersirat. Yang penting bagi aku ialah keikhlasan. Lainlah member minta beli hadiah yang memang tak dapat aku nak bagi. 


Pernah sekali member lelaki aku cabar suruh beli seluar dalam. Walaupun rasa malu, aku beranikan diri untuk beli juga. Sekali dengan baju t-shirt. Taklah ketara sangat aku beli yang tu je…he3. Aku bukannya pantang dicabar. Dah member minta beli tu untuk hadiah. Aku beli jelah. Lagipun perkara yang dapat aku buat. Bukannya tak dapat.


Aku ada cerita kat member aku yang tikam aku dari belakang tu dulu. Dia cakap, makna beli seluar dalam maksud nak buat dot dot dot. Ye ke? Aku tak pernah terfikir macam tu pun. Sebab aku tak pernah dengar or maybe aku agak ketinggalan agaknya. Apa2lah yang penting maksud aku bukan ke arah benda begitu. Jauh sekali terfikir pasal nak buat dot dot dot yang member cakap tu. Pelik ada juga maksud macam tu ya.


Tapi fikir2 balik betul ke makna beli seluar dalam nak buat dot dot? Maybe orang yang jenis terlalu open agaknya fikir benda2 macam ni. Entahlah aku pun tak tau. Apa2 jelah yang penting aku tak buat benda tu.

Thursday, May 27, 2010

Sudikah Anda Lelaki Belikan Awek/Isteri Anda ‘Tuala Wanita’?


 Credit:Google

Persoalan ni tiba2 tercetus masa aku dan member seofis lepak di pantry time tea break petang  semalam. Bila fikir2 balik cerita member aku tu, rasanya hanya lelaki yang dah kahwin je yang sudi membeli kita tuala wanita. Maybe setengah lelakilah.


Namun bagi yang belum beristeri macam mana pula? Rasanya yang belum kahwin tu yang payah nak suruh. Malu katakan. Pernah juga kacau2 member lelaki beli hadiah tuala wanita. Hahaha….jangan harap mereka mahu. Ni soal maruah mereka agaknya. Sebab tu tak mahu.


Pandai nak cabar aku beli seluar dalam lelaki tapi bila aku cabar beli tuala wanita, tak berani pula. Cakap bukan main lagi. Tapi kalau awek dalam kecemasan, bolehlah tolong. Tak salahkan, kalau terpaksalah. Tapi rasanya tak ada kes macam tu. Selalunya kaum wanita ada preparationnya sendiri…kan?


Macam mana kaum lelaki, ada berani beli tuala wanita untuk awek anda? Nak tanya lelaki dah kahwin rasa tak payah, mereka pasti ada setengahnya beli. Macam ayah aku. Dia memang ayah yang baik..he3. Siap puji lagi tu.

Kahwin Dulu Then Cinta Or Cinta Dulu Baru Kahwin…Mana Satu Best?


 Credit:Google

Persoalan kahwin ni perlu di pandang serius. Sebab kita berkahwin bukan untuk sehari dua, kalau boleh hingga akhir hayat dan bertemu semula di syurga. Kalau itu sudah tersuratlah. Kalau selain dari itu, aku tak tahulah nak cakap apa.


Cinta dulu lepas tu kahwin, memanglah best. Siapa yang tak mahu kahwin dengan orang yang kita cintaikan. Semua orang mahu termasuklah aku ni. Memang bahagialah kalau dapat kahwin dengan orang kita cintai. Cuma sejauhmana jodoh kita, itu penentu kepanjangan usia hubungan suami isteri kita.


Kadang2 kahwin kerana cinta juga, berakhir dengan perceraian juga. Walaupun masa anda bercinta dulu bukan main nak rak, tapi bila dah lama diam bersama sebagai suami isteri lain pula jadinya..kan. Bukan aku nak harapkan anda berakhir macam tu. Sebagai contoh yang memangnya pernah terjadi dalam kelompok kita. Memang tak dapat lari, kalau takdir jodoh anda sampai ke situ je. Kalau boleh usahakan agar ia berkekalan ye.


Kahwin then cinta pun tak kurang hebatnya. Ada yang kahwin cara begini bahagia hingga akhir hayat. Itupun terpulang pada jodoh juga. Kalau kekal, kekal. Kalau tak sebaliknya seperti cinta then kahwin juga. Tak kira kahwin then cinta or cinta then kahwin, dua2 ada baik or buruknya. Semua depend pada ketentuan jodoh kita.


Kalau boleh semua nak kahwin dengan orang yang dicintai or paling kurang dikenali...betul tak? Takkan kita nak kahwin cincai je. Tak kenal serba sedikit mengenai insan yang akan bersama kita semasa kita duka or gembira. Kalau macam ni, payah juga. Apa2 pun yang penting jangan kena paksa kahwin buta sudahlah……apa2 jelah…he3.

Pertama Kali Aku Terima Kad Jemputan Kahwin Dari Blogger Di Alam Maya Ini



Minggu lepas, kalau tak silap aku. Aku terima sepucuk surat dari member blogger di Semenanjung sana. Rupa2nya kad jemputan kahwin daripada Cik Aina. Ni merupakan pertama kali aku terima kad jemputan orang Melayu, lebih2 lagi dari blogger di alam maya ini.


Bukan bermaksud aku tak pernah terima jemputan kahwin. Ada. Cuba jemputan kahwin daripada member2 cina aku je. Maybe aku tak ramai kenalan melayu agaknya. Yelah tu…he3. Sekarang ramai kenalan dari dunia maya. Semuanya baik hati.



Nilah kad jemputan Cik Aina tu. Majlis perkahwinan beliau jatuh pada 12 Jun 2010. Hari sabtu. Rasanya aku tak dapat pergi. Maaf ye Cik Aina, aku tak dapat pergi. Anyway TQ sebab jemput aku ni. Jauh betul jemputan hingga merentas Lautan China Selatan…he3. Cuma aku iringkan doa moga Cik Aina serta suami bahagia sentiasa hingga akhir hayat. Amen.


Aku juga ada terima satu lagi kad jemputan kahwin dari member cina aku. Majlis kahwinnya awal seminggu dari majlis kahwin Cik Aina. Berlangsung 4 Jun 2010. Itupun aku tak dapat pergi. Ada hal sikit. Cuma aku bagi angpow merah je dan iringan doa bahagia.


Ramai betul yang nak kahwin sekarang ni ye. Bila pula aku nak kahwin…hahahaha. Tunggulah. Biar masa menentukan.

Hati2 Dengan Coklat....Makan Boleh Tapi......Tengoklah Sendiri....

Coklat memang myelerakan. Aku pun suka makan coklat ni. Ais krim coklat,kek coklat,biscuit coklat. Asalkan bkaitan coklat memang menjadi kegemaran aku. Tapi tak bermaksud tiap2 hari kena makan. Nanti gemuk payah pula...hehehe.

Makan Coklat memang boleh, Tapikan...AWAS
Sebelum bagitau sebabnya...jom kita layan gambar2 coklat yg meliurkan ini.

Yum yum....sedapnye.

Wednesday, May 26, 2010

Internet Lembap Trafik Merundum, Blogwalking Pun Tergendala


 Credit:Google


Akhir2 ni payah betullah. Internet selalu bagi masalah aje. Nak blogwalking pun payah, Menguji kesabaran betullah bila tunggu lama2 loading untuk satu page nak complete. Sebab tu jarang nak blogwalking sekarang.


Kalau ada pun, tak sampai 10 blog pun nak jejaki. Maaf ye kawan2 blogger yang rajin berkunjung ke blog aku ni. Bukan aku tak mahu terjah blog engko orang. Internet agak semput sikit sejak beberapa hari ni. Aku akan cuba jejaki blog engko orang bila musim merundum berakhir.


Sebenarnya dah banyak kali Celcom bagi sms cintanya tu, bagitau aku terlebih pakai 5 GB. Geram juga aku. Pertengahan bulan pun ada terima. Cepat betul juga nak habis. Nak kata aku 24 hour depan laptop, tak juga.


Kalau waktu kerja, malam je aku online. Waktu cuti memang pagi, petang dan malam tapi ada masa lain juga. Not 24 hour hadap laptop. Aku pun boleh jemu kalau asyik berinternet je…he3.


Sekarang aku utamakan post entry baru tiap hari. So, blog aku taklah ketinggalan entry terbaru. Bolehlah member2 blogger baca entry aku yang entah apa2 ni…he3. Amat2 berterima kasih kepada mereka ni, sebab sudi singgah dan baca. Bagi blogger yang belum aku jejaki kesan tapak kaki mereka, aku akan cuba lawati ye. Lagipun trafik blog aku pun merundum juga ni. Tapi ok lagilah. Namun tak memuaskan juga.

Musim Cuti Gawai Nak Tiba Dah……Mood Cuti Datang Lagi


 Credit:Google


Tinggal sehari lagi nak cuti Wesak Day. Lepas tu cuti Gawai Dayak bulan 6 ni. So, ada banyak cuti. Bestnye, dapatlah balik kampung lagi ni. Lagipun aku tambah 2 hari annual leave. Jadi, dapatlah cuti panjang di kampung kelak. Hampir seminggu cuti oklah tu.


Lagipun sambil lepak di kampung dapatlah aku main internet…hehe3. Memang tak dapat lari dengan dunia internet dan berblog ni. Macam dah rutin harian pula. Bolehlah aku tingkatkan trafik sampai meletup. Dapat ke? Itupun kalau internet tak bawa masalah nanti.


Mula2 fikir nak pergi jalan2 ke Kuching dan hadiri majlis kahwin member cina aku yang pernah kerja sama dulu. Tapi masalahnya tak de tempat tinggal. Member aku seorang tu busy pula. Tak maulah tinggal seorang kat rumah dia. Pasti bosan tahap gaban…he3. So, rancangan terakhir, elok balik kampung je. Dapatlah merasa masakan emak yang dirindui….betul tak?

Tuesday, May 25, 2010

Perlukah Cinta Dicari? Tapi Nak Cari Kat Mana Ye!!


 Credit:Google


Memiliki perasaan cinta memang indah dan mengasyikkan. Lebih2 lagi bila cinta yang disemai selama ini berakhir di jinjing pelamin dan akhirnya membuahkan benih cinta yang comel2, yang pastinya akan menyeri dan mengindahkan lagi mahligai indah yang anda bina. 


Namun persoalannya perlukah cinta itu dicari? Aku sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana. Kadang2 bila difikirkan cinta ni perlu juga dicari. Kalau tak cinta takkan datang sendiri. Memang ada yang datang sendiri tapi not semua. Tengok keadaan agaknya.


Tapi…masih ada tapinya. Cinta ni kadang2 juga tak boleh dicari sangat. Takut cinta tu lari. Betul ke? Entahlah payah betul bila bicara tentang cinta. Kadang2 terasa penat juga fikir. Ah buat biasa2 je..kan? Biar cinta tu datang sendiri lepas tu kita tangkap. Sumbat dalam hati tu. Biar tak terlepas lagi…he3.


Apa pula pendapat anda perlukah cinta dicari? Kalau perlu kenapa pula? Bagi sebab sikit ma. Siapa yang banyak pengalaman tu bagilah sikit pandangan ya.

Monday, May 24, 2010

10 Cara Romantik Mohon Maaf, Khas Buat Anda Yang Sering Buat Hal Dengan Si Dia Tersayang

 Credit:Google


Bagi anda yang sering buat si dia marah, eloklah pelajari beberapa cara romantik mohon maaf ini untuk pertahanan bila masa perlu nanti. Mana tau tiba2 si dia kemarahannya meletup or mengeledak macam gunung berapi. Bolehlah guna...kan?


Kalau tak pun, paling senang. Masa dia tengah hangat marah2 tu, bawa sebaldi air. Simbah ke muka si dia. Pasti reda...hahaha. Entah2 si dia makin meletup-letup kemarahannya. Apa lagi anda cabut larilah. Hehe...jangan guna cara tu ye...gurau je. Kalau nak cuba, tanggunglah akibatnya sendiri. Nanti tak pasal2 tak bertegur sapa selepas itu.


Oklah antara 10 cara romantik mohon maaf tu ialah:


1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan anda, adalah bunga kegemaran si dia.


2. Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.

Sunday, May 23, 2010

Perlukah Nak Cerita Pasal Anda Dengan Suami/Isteri Bermanja2 Kat Orang Lain?


 Credit:Google


Dalam dunia perkahwinan memang indah. Biasalah kita akan selalu bersama insan yang kita sayangi. Pelbagai kenangan dan saat indah tercipta. Tapi perlukah menceritakan saat anda bermanja2 dengan suami or isteri kepada orang lain? Tak kiralah manja ringan or berat. Perlu meh???


Kalau sebolehnya aku memang tak mau dengar cerita manja2 ni. Buat geli aku dibuatnya. Walaupun manja ringan. Namun aku memang anti betul nak dengar. Tapi nak buat macam mana orang dah cerita. Nak halang risau kecik hati pula. Dah tau sangat perangai tu.


Kalau nak cerita pun, ceritalah kepada orang yang dah mendirikan rumahtangga. Jangan nak cerita kat aku ni. Aku tahan telinga je dengar. Geli dibuatnya. Entahlah makcik seorang kat office tu agak terbuka betul cerita benda2 macam ni kat aku.


Hari tu dia cerita pasal suami dia merajuk. Dia pujuk, cium itu cium ini. Then kalau suami dia ok…naik. Kalau suami dia nak layan, layan….xxxx…faham2 jelah. Aku yang dengar diam je. Buat2 dengar juga…ha2.


Apa pandangan anda perlukah nak cerita2 benda tu kepada yang single mingle? Fikir2kanlah ye!!

Kenapa Nak Menyusahkan Orang Lain? Mereka Tu Bukannya Kuli Engko Pun!

Credit:Google


Kalau anda berkawan dengan ramai manusia, pasti faham perangai setiap dari mereka ni. Lebih2 lagi kalau anda diam di hostel. Tak kiralah hostel tempat anda study or tempat kerja anda. Pernahkah anda jumpa manusia jenis begini, yang seolah2 nak buat orang lain, lebih2 lagi jiran sehostel anda buat sesuatu, macam kulilah. Walaupun tanpa permintaan mereka.Tapi dengan cara psikologi...kira macam tu agaknya.


Pastinya ada antara anda pernah alaminya bukan? Contoh paling senang. Kes angkat jemuran. Aku nak share sikitlah cerita pasal 2 orang budak kat hostel aku ni. Bukan nak mengumpat tapi nak dapat pandangan anda. Mana tau aku ni ada buat silap ke tak. Pastinya adakan...he3.


Alkisahnya begini. Kita kalau diam satu hostel, memanglah sentiasa bantu membantu bukan. Tapi not mean always membantu. Tengok juga keadaan. Sekali dua orang boleh tolong, kalau banyak kali, seolah2 sengaja. Orang pun serik nak tolong. Semacam nak ambil kesempatan atas kebaikan orang lain.


Siapa punya jemuran...sila angkat sendiri ye! Sini tak ada tukang angkat!

Saturday, May 22, 2010

CoretanMaya Anniversary Today!!!!



Pejam celik, pejam celik dah setahun aku bergiat aktif dalam dunia blog ni. Ramai sudah kenalan blogger aku kenal. Walaupun tak kenal rapat, kenal juga namanya...kan? Apa2 pun aku amat berterima kasih kepada mereka semua specially 'Member Mayaku' yang sekarang mencecah 500+ follower. Tanpa mereka siaplah aku..kan?


Kepada pengomen setia juga, aku amat berbangga kerana engko orang sudi mengomen entry2 aku yang entah apa2 tu. Terima kasih ya sebab menceriakan lagi dunia mayaku ni dengan komen2 anda yang berguna itu. Sekurangnya ada juga yang hendak komen...he3.


Sempena anniversary blog aku ni, aku ada buat giveaway sebagai tanda terima kasih. Hadiahnya taklah seberapa, tapi yang penting aku ikhlas memberi...betul tak? Tapi kepada yang bertuah sajalah. Nak bagi semua, aku tak mampu berbuat demikian...he3. Terima kasih kepada yang sudi join ye. Nantikan keputusannya di bulan depan. Bagi siapa yang nak join, bolehlah clik link di bawah ni:


CoretanMaya 1st Giveaway

 

10 Alasan Kenapa Aku Reject Lelaki Selepas 1st Date....Buat Sakit Hari Je!


 Credit:Google


1st date not mean nak terima terus lelaki yang menyukai kita ni. Kena tengok juga sikap dan perilaku seseorang tu. Tak bermaksud memilih sangat. Cuba kena hati2 bila memilih pasangankan? Kalau salah pilih diri sendiri yang merana pula. Siapa tanggung? Diri sendiri juga yang tanggung. Peduli cakap orang, fikir mana yang terbaik untuk diri sendiri.


Sini ada 10 alasan yang maha kukuh untuk anda reject lelaki selepas 1st date. Wajib tahu, kalau tak, payah nak patah balik kelak...he3. Antaranya:


1~BILA SI DIA MEMBERITAHU kamulah wanita yang dicarinya selama ini dan terus ingin mengahwini kamu.......... hmmmmmmmmmmm terdesaknya dia! Sedangkan kamu pertama kali keluar dengannya. 


2~DIA ASYIK MERENUNG DADA dan punggung kamu lebih daripada 10 kali setiap 10 minit 


3~DARIPADA CERITANYA KEPADA KAMU,jelas dia kaki joli.Sudahlah begitu daripada banyak-banyak tempat pelancongan dan percutian di dunia katanya,dia paling suke ke Thailand dan memberitahu yang dia pernah hadapi masalah ketika menjalani ujian darah,anda patut pertimbangkan masak-masak kemungkinan dia HIV positif,ingat penyakit ini d kesan lama.


4~BILA KAMU PERASAN BIJI MATANYA macam hendak terjojol keluar bila melihat semua wanita cantik,manis,seksi melepasi meja makan kamu berdua.

Shahir Juara Akademi Fantasia 8 (AF8)...........Tahniah Ye!

 Sumber:Kosmo


Seperti jangkaan ramai pihak, Ahmad Shahir Zawawi diumumkan sebagai juara AF8 pada konsert akhir AF8 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini malam tadi. Tahniah aku ucapkan, tumpang gembira juga ni.


Kemenangan Shahir, 22, mengetepikan Adira, 19, yang dilihat turut berpotensi besar untuk mendapat undian tertinggi daripada penonton.


Shahir membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn.Bhd., percutian ke Disneyland Hong Kong, tiket pelancongan ke New York serta beberapa hadiah sampingan termasuk trofi kejuaraan AF8.

Siapakah Pilihan Anda Untuk Juara AF8 Kali Ini? Adakah Shahir?


Semua orang bercakap pasal siapakah juara AF8 kali ini. Adakah Maulana......or Iwan.....or Shahir.....or Daus.....or Adira, satu2nya puteri dikelilingi 4 putera idaman..he3. Entahlah, siapalah menang agaknya ye.


Aku ni sebenarnya tak ikuti pun perkembangan AF8. Tengok persembahannya pun aku tak pernah. Kalau dulu adalah. Sekarang rasa malas pula. Buat entry ni pun, bukan apa, saja nak kepoh2 macam orang lain juga...ha2.


Tadi aku tengok kat news online KOSMO, kelebihan lebih memihak kepada Shahir, pelajar yang tersingkir pada minggu ketujuh dan diserap semula melalui undian AF masuk. 


Pelajar kelahiran Ipoh, Perak itu mempunyai pakej yang lengkap, rupa dan suara yang baik antara penyebab pengetua AF8 meramalkan Shahir sebagai juara AF8 di samping Adira.

Lelaki Yang Sejati....Masih Adakah Di Dunia Yang Penuh Pancaroba Ini?

Credit:Google

Susahkah mencari lelaki yang sejati di era moden ini yang penuh dengan pancaroba hidup dan bermacam2 dugaan yang maha hebat bila2 masa akan melanda hidup kita? Kalau ada di manakah lelaki yang sejati ini sembunyikan diri? Entah mana agaknya ya!


Kalau anda jumpa lelaki yang sejati ini, mahukah anda lepaskan begitu saja? Pastinya takkan. Kalau dah dapat memanglah hargainya semampu diri anda. Melainkan si dia tak menyukai anda...he3. Yelah takkan kita nak terhegeh2 nakkan si dia yang memang tak ada hati kat kita. Buat malu je merayu2 macam minta sedekah pula. Tolong jangan rendahkan diri anda merayu begitu ok. Sebab diri anda amat berharga. Tiada ternilai harganya tau.


Bagi siapa yang tak tahu, begini sikap seorang lelaki yang sejati...kalau ada kurang tambahkan ye! Sama2 kita sharing2 tips yang berguna. Lagipun sharing tu sexykan...he3.


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Awas Kaum Lelaki! Jangan Dekati Wanita Yang Sebegini....Sila Jauhi Diri Anda Ya!

Credit:Google


Attention kaum lelaki, ni nak bagi warning sikit agar anda tak terjebak dengan kaum wanita yang saya listkan kat bawah ni. Kalau anda ingin terjebak juga. Sila tanggung akibatnya ya. Sendiri cari pasal, so sendiri meranalah. Itulah tak dengar cakap orang....ha3.


List2 di bawah ni merupakan satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi oleh kaum lelaki agar mereka bebas dari segala masalah. Ingat tu!!


1. Wanita kategori liar.


Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.


Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.


2. Wanita si Bom jangka.


Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.


Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.


Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

Friday, May 21, 2010

Lelaki Suka Perempuan Cantik Kenapa? Sebab Cantik Itu Menawan!


 Credit:Google


Alah perkara biasalah kalau seseorang tu suka yang lebih cantik. Kalau perempuan tak nampak cantik, manalah lelaki pandang. Kebanyakan macam tu lah. Sebab tu perempuan kena sentiasa tampil cantik. Jaga body & rupa paras.


Tapi…hehe3. Sebelum kena kutuk dengan lelaki ni. Tak semua lelaki macam tu lah. Bagi lelaki maybe pengertian cantik dari sudut fikiran mereka lain. Manalah kita taukan. Macam kita perempuan juga suka yang kacak, hensem & bergaya. But not mean lelaki yang tak kacak or bergaya, tak menarik minat perempuan.


Tak semua orang melihat aspek kecantikan sebagai faktor utama dalam memilik pasangan hidup or bercouple. Macam selalu orang cakap. Cantik rupa tak semestinya melambangkan kecantikan dalaman. Betul Tak?


Bagi aku, orang cakap lelaki tu kacak, tinggi & bergaya. Not mean aku pun berpandangan macam tu. Sebab tu aku kena marah dengan member masa study dulu. Dah aku tengok biasa je & tak de hati kat dia, buat apa aku berpura2kan. Hidup aku biar aku tentukan…he3.


Sebab utama lelaki perempuan cantik aku pun tak tahu sangat. Agaknya sebab mereka mau kelihatan hebat & rasa bangga bila bersama perempuan cantik. So, orang memandang pun rasa cemburu. Ye ke?


Mungkin juga sebab rasa sejuk memandang wajah perempuan yang cantik ni. Entahlah. Kecantikan rupa paras & body seksi bukannya kekal lama pun. Sebab tu jangan pilih lelaki yang pandang kecantikan rupa paras & body seksi je. Nanti kalau anda dah tak cantik, muka berkerut & body dah tak seksi. Lelaki pun lari…ha3.


Paling senang, pilih lelaki yang dapat menerima anda seadanya anda. Tiada paksaan. Cuma keikhlasan saja…he3. Apa2 jelah.  Asalkan bahagia.

Ini Rupanya Nasi Ayam Penyek Ye!!

Tanpa malu & segan aku beritahu bahawa nilah pertama kalinya aku makan nasi ayam penyek. Tak pernah sekali dalam hidup aku merasai nasi ayam penyek tu. Rupa bentuk ayam penyek ni pun aku kabur2. 


Kisahnya begini, last week Kak Sal yang berbangsa melayu Sarawak mengajak aku teman dia cuci kereta kat bandar. Biasalah sorang2 risau juga. Perlukan teman disisi..he3. Sebelum pergi ke tempat yang dituju, kami dua makan di kedai melayu yang bernama Refah Cafe. Terletak di Medan Jaya, Bintulu.


Nilah pertama kali aku & Kak Sal jejak kaki ke restoran makan tu. Tengah cari2 makanan di menu. Pelayan suggest makan nasi ayam penyek. Aku yang tak pernah tahu rupa ayam penyek macam mana. Bertanyalah. Mestilah tanya. Kalau tak sesat jalan...kan? 


Ooo...ayam penyek rupanya ayam yang macam dipukul2 sampai peyek..kah3. Teruknya aku ni, tak pernah nak tahu. So, aku order lo nasi ayam penyek tu. Nak cuba rasa sedap ke tak. Kak Sal pula order nasi goreng ayam masak merah.

Thursday, May 20, 2010

12 Perkara Tentang Cinta Buat Aku Terfikir Seketika

 Credit:Google

Cinta adalah satu perasaan yang agak sukar dinyatakan melalui kata2. Tiada kata2 yang sesuai untuk ungkapan cinta ini. Yalah kalau melibatkan perasaan tu memanglah sukar untuk ditafsirkan. Namun banyak sudah ungkapan cinta yang selalu or sering kita dengar. Terlalu luas betul erti cinta ni. Aku sendiri pun tak tahu yang mana satu boleh diertikan pada satu nama cinta.


Tak pelah yang penting cinta ni membawa bermacam perubahan dalam hidup seseorang. Sama ada bahagia or derita kita sendiri mencorakkannya. Ada 12 perkara tentang cinta harus anda tahu. aku pun tengah memikirkannya. Antaranya:


1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.


2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.


3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

Perlukah Berbogel Untuk Sampaikan Mesej Keamanan? Macamlah Tak Ada Cara Lain

Pelik betullah manusia ni, nak sampai mesej keamanan pun nak berbogel. Perlu ke berbuat demikian? Bukan ke itu hanya memalukan diri sendiri. Tak pasal2 nanti orang tuduh anda 'wayar putus' Gilalah tu. 

Tak pun buat free show je kat orang ramai yang sudi memandang tanpa malu. Dah namanya free siapa tak mahu tengok..ha3.Kalau lelaki, memang suka. Entah2 mata tu tak beralih tengok perempuan bogel. Jangan sampai  meleleh air liur sudahlah. 

Kalau ye pun nak sampaikan mesej keamanan, ada cara lain yang lebih sopan dari berbogel macam tu. Isss..merendahkan maruah diri je. Senang2 je berbogel macam tu. Kalau aku, tak sanggup. Buat malu je!!



LONDON - Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an duduk berbogel di bumbung sebuah teksi di sini kelmarin sambil melakukan aksi senaman yoga bagi membantah peperangan di Afghanistan, lapor sebuah akhbar semalam.


Wanita tersebut turut berdiri dan menjerit meminta askar-askar asing keluar dari Afghanistan.


Anggota-anggota polis kemudian menutup tubuh wanita itu dengan kain dan menahannya buat seketika.


Namun aksi wanita itu di Westminster Square telah menyebabkan kesesakan jalan raya sehingga ada pelancong yang merakamkan gambarnya. - Agensi,KOSMO

Aku pun nak sampaikan mesej keamanan tapi tak mahulah berbogel. Buang masa aku je. Lagipun diriku lebih berharga dari berbuat demikian...betul tak? Hahaha.

Wednesday, May 19, 2010

Inilah Dinamakan Fashion.....Pelik & Memang Memelikkan Je Aku Tengok!!

Dunia fashion ni bermacam bentuk kejutan kita dapat tengok. Pelbagai jenis rekaan baru yang memang memelikkan. Dahlah tu gaya solekan pun pelik. Digabungkan lagi dengan rekaan baju yang pelik. Makin pelik pelik aku tengok. 


Macam rojak pula jadinya..kahkah. Tapi itulah fashion, penuh dengan gaya kreativitinya yang tersendiri yang maybe memukau para pencinta fashion terkini & moden. Mana tau kan? 


Bagi yang tak tahu gaya penampilan fashion macam aku ni. Memanglah nampak macam pelik. Kadang2 tu nak tergelak tengok mereka bawah ni pun ada. Apa2 pun patut bagi pujian kepada perekanya. Susah beliau reka tau. Jangan gelak sangat ye...sikit tak pe...he3.


Tuesday, May 18, 2010

Wanita Islam Pertama Menang Ratu Cantik USA....Betul Ke Ni?

Entah nak komen apa pasal entry ni. Kelu pula lidah berkata2..he3. Bila dengar tajuk berita di Kosmo 'Wanita Islam Pertama Menang Ratu Cantik USA' rasa bangga sikit. Tapi bila tengok...emmmm entahlah. Anda sendiri komenlah.


LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.

Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.
Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.

Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan. 

Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah. 

3 Ketul Buffered Earning Tengah Lari2, 24 Ketul Metered Earning Rehat2

Hari ni aku nak mbongkar rahsia Nuffnang blog aku ni. Walaupun nampak simple tapi boleh tahan powernya juga..haha2. Perasan je lebih ni. Buat malu saja.


Oklah. Setakat hari nilah. Sila catat ye. Ada 3 campaign buffered earning tengah beroperasi hangat di blog ini. Entah mana satu yang lebih hebat, aku pun tak tahu. Anda sendirilah cari ye. Malas nak perah otak yang sedia penat ni.



Pencapaian 3 buffered earning agak mengalakkan juga. Namun kena usaha lebih untuk tingkatkan lebih trafik ke blog ini. Tulis pasal earning & buffered earning pun salah satu cara nak tingkatkan trafik. Biasalah orang akan lebih suka baca benda2 pasal money2 ni. Betul tak?


Selain tu, aku nak bagi semangat buat blogger lain agar tak putus asa dalam berblog ni. Buatlah dunia blog ni macam tulis catatan harian anda tapi bukan tulis pkara yang terlalu personal ok. Tulislah perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. Oh...ya jangan lupa terjah 3 iklan di atas tadi ye. Mana tau terjumpa lubuk emas...kan?


Sepanjang tahun ni, selepas cashout earning ptama aku 2 or 3 bulan lepas. Ada 24 ketul buffered earning aku dapat. Itupun dah mati, semua tak berfungsi sepenuhnya. Sudah jadi metered earninglah...ha3. 


24 ketul...wow satu rekod hebat untuk blog aku yang bwajah baru awal tahun ni. Tahun lepas malas sikit nak update2 ni. Tahun ni, azam barulah. Lagipun boring duduk bilik hostel, tak buat apa2. So, join dunia blog menarik juga. Dapat duit, malah dapat ramai kenalan baru yang baik2 semua...he3.



Monday, May 17, 2010

Income Buffered Earning Hanya RM0.02 Je....Rekod Paling Buruk Abad Ini!



Hari isnin biasalah, kita borak2 kosong pasal earning Nuffnang. Tak de apa yang best pun hari ni. Earning tu memang ada tambah sikit. Buffered earning tak delah. Hari tu dah dapat. Lagipun tak cukup ruang iklan ni. 


Ruang iklan hanya ada 3, buffered campaign entah berapa. Lupa nak kira tadi. Lagipun ada yang dah jadi metered earning. Income dari buffered earning ni pun bukanlah banyak sangat tapi syukurlah ada sikit.


Nak tahu? Rekod paling buruk buffered earning aku ialah RM0.02 je. 



Memang teruk betul di abad ini...ha2. Sila gelak ye.....kahkahkah.


Sebenarnya aku tak pernah nampak iklan tu muncul di blog aku ni. Entah kat mana ia sembunyi agaknya. Malu malu kucing nak keluar. Sebab tu kena tendang terus dari blog aku ni. Pengiklan pun dah tak suka blog aku. Sedihnya.


Nak buat macam manakan. Campign buffered earning aku ni merebut2 nak muncul kat ruang iklan yang hanya 3 ruang je tu. Siapa kalah terpaksa tunduk pada yang kuat. Kan itu juga adat dunia ni...he3. Apa2 pun aku harap tak de lagi rekod macam ni di akan datang. Amat mgecewakan je.

Sunday, May 16, 2010

Entry Maya Yang Buat Aku Terkontang Kanting…Sila Baca!


 Rasa kelihatan ayu pula...hahaha3

Entah apa agaknya entry maya yang boleh buat aku terkontang kanting ni. Sebenarnya tak ada apa2 pun. Just nak jemput sesiapa yang sudi untuk singgah entry2 lama aku yang maybe boleh menjerat anda…ha2.


Antaranya…….:


Si Dia Curang, Perlukah Anda Menangisinya...Tak Payah!!

 

Cinta Kedua, Mampukah Aku Menerimanya?

 

Anda Sunyi Tanpa Lelaki, Sebab Itu Anda Mencari Ramai Lelaki

 

Cinta Jarak Jauh, Sejauhmana Anda Percayakan Dia

 

Sana Sini Gossip….Macam-Macam Ada

 

Kau Kahwin Dato’, Aku Pun Mahu Kahwin Dato’...Hahaha!!

 

Bila Dah Ada Boy/Girlfriend, Lupa Kawan!!

 

Kerana Seorang Lelaki, Kau Sanggup Tikam Aku Dari Belakang

 

Sebenarnya taklah menarik sgt coretan maya ni. Sekadar pandangan utk dikongsi bersama. Silalah komen, kalau rajin...ha3. Apa lagi jom terjah. Tak rugi apa2 pun.

For the Rest of My Life - Maher Zain....Buat Aku Betul2 Terharu

 Credit:Google

Lagu 'For The Rest Of My Life' nyanyian Maher Zain baru tadi aku dengar di radio SembangFM. Fuh....lirik lagunya memang penuh makna & betul2 buat aku terharu. Aku terus terpikat dengan nyanyian beliau ni. So, apa lagi aku cari kat Yautube & lirik lagu di carian google, download apa yang patut. Sebab aku nak dengar lagu ni banyak kali. 


Aku rasa nilah lagu yang memang so beautiful liriknya & makna yang cukup mendalam. Walaupun dalam bahasa english, namun penuh erti juga. Rasanya ramai yang meminati lagu ni. Jom kita layan sama2.

For the Rest of My Life Lyrics

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night

Bayi Lelaki Berusia Lapan Bulan Meninggal Dipercayai Didera? Betul Ke Ni? Kasihan Betul

Credit:Google

Bayi yang comel sejak dilahirkan, sayang betul kalau dibiarkan & didera. Mereka tak berdosa, kenapa mereka pula menjadi mangsanya. Tak tahulah jenis manusia apakah yang sanggup berbuat demikian. Kejam & tak berperikemanusiaan betullah. Patut masuk neraka je. Jahat sangat. 


Berita kes bayi 8 bulan meninggal dunia sebab didera oleh pengasuh agak mengejutkan aku sikit. Betul ke tak, belum pasti lagi. Masih dalam pyiasatan. Nasihat akulah. Next time jangan pcaya sangat orang lain ni. Nak suruh mereka jaga. Bukannya mereka ikhlas nak jaga pun. Kalau ikhlas oklah. Kalau tak macam kes ni pula.


Bayi masih 8 bulan. Aduh kasihan betullah. Tak sanggup betul aku tengok kalau betul2 didera. Bayi kalau nangis2 tu biasalah. Takkan bayi diam je. Macam anda juga masa kecil. Teruk betullah punya manusia. Fikir apa entahlah. Geram betul aku dengar ni. 

PETALING JAYA – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan, yang dipercayai didera oleh pengasuhnya, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata, Mohd. Rayyan Afzanizam, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) PPUM sejak Jumaat lepas, disahkan meninggal dunia pada 8 malam tadi.

Pasukan Korea Selatan Muncul Juara Piala Uber......Juara Baru Naik, Juara Lama Tumbang!

Tahniah buat Korea Selatan sebab bjaya merampas Piala Uber dari China. Nampaknya juara baru naik, juara lama tumbang sudah. Biasalah tu adat permainan. Ada yang naik, ada yang turun mengikut musim. Takkan nak sentiasa kat atas je kan. Ada masanya turun juga.


Apa2 pun boleh cuba lagi di tahun2 akan datang. Cuma mantapkan lagi pertahanan tu. Harap Malaysia akan cipta rekod lagi. Walaupun kali ni agak mgecewakan. Namun boleh tingkatkan lagi usaha itu. Tak salah pun.


Hahaha...rasa lain pula bila cakap pasal sukan ni. Sedangkan tak ikut sangat pkembangan perlawanan badminton akhir2 ni. Cuma baca news je. Tapi tak pelah. Siapa yang menang, tumpang happy jelah. Yang kalah, bg kata2 semangat agar dapat tingkatkan lagi usaha untuk perlawanan akan2 datang. Jangan kutuk2 sudahlah.



TEMBOK besar China akhirnya roboh jua. Semalam, China yang juga juara 11 kali termasuk pada semua lapan edisi terakhir tewas kepada Korea Selatan pada perlawanan akhir Piala Uber di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Ini juga merupakan kali pertama Korea Selatan muncul juara Piala Uber selepas tewas pada semua lima perlawanan akhir di tangan China sebelum ini.

Saturday, May 15, 2010

Fuh, Mahal Gila Hadiah Harijadi Ni....Siapa Mahu Beli, Angkat Bakul Sajalah (9 Pics)

Sambungan edisi hadiah paling mahal di dunia.
Jom pilih2...mana yang anda bkenan.
Kalau tak mampu beli pun...cuci mata sudahlah...he3.



Gold-remote control Cost 55,000. Dollars
 
 
Most expensive Diamond tie 220000 dollars
 
 
Most expensive Lipstick KissKiss cost 62,000 dollars
 

Hadiah Harijadi Yang Paling Mahal Di Dunia & Pastinya Engko Orang Tak Mampu Beli (8 Pics)

Fuh...entah siapakah gerangan yang btuah mendapat hadiah semahal ni? Btuahkah dia? Kalau aku terima pun tak pasti lagi nak kata btuah. Yelah terlalu mahal, tak sanggup nak miliki. Nanti kena rompak ke apa...kan naya je dibuatnya...betul tak?

Antara hadiah plg mahal itu adalah:


Blue diamond Cost 7.98 million dollars
Diva Premium vodka spirit cost 1,060,000 dollars

Friday, May 14, 2010

Radio Di Blog, Best Ke Or Buat Sakit Telinga Je?


 Credit:Google


Setengah dari blogger memang suka letak lagu2 di blog mereka. Bagi menyerikan dunia blog mereka sendiri. Bagi blog saya ni pula, saya letak radio dr SembangFM.


Itupun atas permintaan tuan punya SembangFM tu. Kalau tak, saya tak letak radio dalam blog ni....Opp terbongkar rahsia hati...ha2.


Namun oklah juga. Dapat juga saya dengar radio setiap kali buka blog saya ni. Malah dapat tarik orang untuk mendengarnya sama.(Ada ke orang dengar...he3)


Sebenarnya bagi andalah. Letak lagu or radio dalam blog bagus ke bagi pengunjung or memang manyakitkan telinga je? Yelah setengah orang memang tak suka dengar. Tapi peduli apakan.


Blog kita sendiri, so kita punya hak lo nak buat apa je. Kalau tak suka just tekan button OFF.  Habis cerita…he3.

Bayar RM170 Dapat Layanan Seks Istimewa Sampai Ke Pagi........Gila Dah Ke?

Apa nak jadi dah perempuan zaman sekarang. Sampai sanggup jual maruah diri dengan harga RM170 je. Untuk satu malam...murahnya. Dahlah tu layanan seks istimewa sampai ke pagi. Gila ke buat macam tu. Entah apa mereka fikir aku pun tak tahu.


Yang melanggan tu pun, tak sedarkah. Kalau terkena AIDS baru tau. Baru nak ingat Tuhan. Dosa pahala. Masa buat bukan main syok lagi. Lupa itu ini. Alahai dunia.

JOHOR BAHRU - Bayar RM170 dapat layanan seks istimewa sampai ke pagi.

Itu pakej hebat yang ditawarkan oleh wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah kafe hiburan di Taman Gaya, Ulu Tiram di sini sejak setahun lalu.

Pelanggan didakwa hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak RM170 bagi mendapatkan khidmat seks GRO di kafe hiburan itu atau lebih popular dengan gelaran 'awek kafe'.

Kafe yang beroperasi setiap hari itu membuka bisnesnya dari pukul 6 petang hingga pukul 2 pagi.

Memang dashyatkan perempuan yang buat macam tu. Emmmm.....tak pelah diri sendiri yang tanggung bukan orang lain. Maybe nak sara hidup diri agaknya. Yelah hidup makin tertekan. So, jalan singkat. Pilih itu lo. Entahlah...apa2 je.

Thursday, May 13, 2010

Perlu Ke Tinggi Suara Bila Marah Orang?


 Credit:Google


Setiap orang memang ada perasaan marah. Ada setengah orang dapat mengawal perasaan marah dari menguasai diri. Ada juga yang memang tak dapat control langsung, yang ni jenis orang yang panas baran punya.


Pantang silap sikit, pasti bom meletup. Parah kalau macam tu. Semua orang takut kalau sikap panas baran tak dikawal. Saya sendiri pun, kalau boleh tak mahulah berkawan dengan orang macam ni. Tapi kalau dah jodoh jadi kawan, terima je. Kalau dia marah, kita cabut jelah. Jangan tunggu lagi. Nanti panas telinga tu…ha2.


Bukan tak boleh marah orang tapi ada batasnya juga. Fikir juga perasaan orang yang kita marah tu. Lainlah kalau orang tu kita ajar & tegur banyak kali perangai masih bermasalah. So…silalah marah dia. Mana tahu dapat dengar cakap..ha2.


Marah marah juga tapi jangan sampai tangan je. Dan satu lagi meninggikan suara. Tahulah suara anda boleh pecahkan cermin kat bilik air tu, kalau nak buat macam tu pergilah jauh2 kat dalam hutan sana tu ya. So, aman sikit hati orang lain..he3.


Saya ni memang pantang kalau kena marah. Tak suka. Nak marah orang pun payah juga. Bukan tak de perasaan marah. Cuma tak suka. Sebab tiap kali kena marah or rasa marah, hati rasa tak senang. Kalau boleh nak elakkan je parasaan marah ni. Buat biasa.



Emmm…anda macam mana pula? Perlukah anda marah orang dengan sound suara yang tinggi? Rasa no needlah. Bukannya orang pekak pun. Apa2 pun jangan biarkan perasaan marah menguasai anda kerana akibatnya memang tak bagus. Fikir2kanlah!!
Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."