Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Wednesday, March 31, 2010

Jahat Punya Perempuan, Sanggup Sumbat Janin Dalam Balang Gula2

Tk sudah2 dgn kes buang bayi ni.
Npk gaya kerajaan & masyarakat kena btindak tegas thadap gejala ni.
Smcm satu musim & trend pula.
Teruk btl...tk berperikemanusian kah??
KUALA LUMPUR - Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.

Kelmarin, mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara di sini. 

Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan, M. Joseph, 33, pada pukul 11.30 malam...berita lanjut semak KOSMO.

Tuesday, March 30, 2010

Flying Duck Orchid...Uniknye Ciptaan Tuhan

1st time tgk flying duck orchid ni.
Cantikkan??
Itulah uniknye ciptaan Tuhan.

Monday, March 29, 2010

Chibby Kun Shop March Giveaway

Yepiii...giveaway baru...mcm best je!!

 
Suka dgn hadiah yg ditawarkan...cute.
 
- 2 x teddy bear mobile strap
- 2 x hanger shawl
 
Utk mgetahui syarat2 pyertaan, silalah clik link kat bwh banner di atas ye. 
 
Kata2 smgt saya buat tuan punya blog yg buat giveaway ni:
 
Saya doakan business beliau berjalan lancar.
Hadapi segala onak duri dlm pniagaan online scara bijak.
Moga sukses selalu.
Kalau business dah untung, jgn lupa buat giveaway lagi ye..hehe3.
 
Ok, bg sapa nk jom..tarikh tutup pyertaan:
 
4 April 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Adakah anda ingin menjadi salah seorang daripada mereka ini?


Pasti mahu, bukan?
Menjadi terkenal macam mereka ini.
Anda boleh menjadi seorang blogger yang bukan saja menulis karya di blog setiap masa tapi menjadi salah seorang yang terkenal melalui projek realiti TV iaitu Project Alpha yang telah masuk musim ke-2 sekarang ini.

Bagi anda yang tidak tahu pasal project Alpha ni, biar saya ceritakan sikit mengenainya.

Project Alpha ini sebenarnya adalah salah satu program realiti TV series yang memaparkan mengenai penulis-penulis blogger yang terhebat di Malaysia.
 
Melalui project alpha ini, kita boleh mengetahui & mengenali tentang kehidupan realiti iaitu dunia blogger sebenar, tips, macam mana mereka mendapat ilham untuk penulisan karya mereka dan pelbagai lagi mengenai kehidupan mereka sebagai seorang blogger.

Sunday, March 28, 2010

Apa Beza Layanan Si Dia Selepas & Sebelum Kahwin

Credit: Google


Bagi yang sudah menempuh alam perkahwinan pasti dapat membezakan layanan si dia sebelum dan selepas kahwin. Adakah layanan si dia masih sama semasa anda berdua di lamun cinta asmara atau semasa awal perkahwinan dulu?

Kebanyakan yang saya dengar dari rakan-rakan yang dah berkahwin, mereka ceritakan kepada saya. Yang layanan suami mereka lain dan jauh berbeza semasa sebelum kahwin dulu. Masa kenal dulu bukan main baik sangat, bila dah kahwin keluarlah sikap buruk yang kita tak berkenan tu.

Ada masanya mereka suka sangat nak control kebebasan kita sampai itu ini pun tak dapat dilakukan. Control suami or isteri boleh tapi jangan terlalu melampau. Setiap orang ada hak tertentu dan batasnya. Jangan sampai mengongkong kehidupannya. Terasa macam hidup dalam neraka pula. Tapi neraka lebih dasyhat kan??

Saturday, March 27, 2010

Pelacur Lelaki Pertama Bersara....Ada Juga Macam Ni, Alahai Manusia!!

Jgn ingat perempuan je boleh jd pelacur.
Lelaki pun ada juga...entahlah manusia skrg.
Jauh dr landasan dah.
Apa2 pun hargai diri anda yg amat bharga tu.

Pelacur lelaki pertama Amerika Syarikat (AS) yang menggemparkan negara itu akhirnya dilaporkan 'bersara' kelmarin dengan hanya mampu memperoleh 10 pelanggan wanita selama dua bulan bertugas sebagai pekerja seks sepenuh masa.
 
Dia yang cuma dikenali dengan nama komersial Markus, (gambar) 25, disahkan oleh pemilik rumah pelacuran Shady Lady Ranch, Jim Davis sebagai telah meninggalkan premis itu manakala seorang pekerja baru akan diambil bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Davis bagaimanapun berharap pelacur yang berasal dari Alabama itu dapat kembali semula meneruskan kerjaya tetapi setakat ini, Markus tidak memberi sebarang ulasan berhubung keputusannya meninggalkan kerjaya pelacuran itu. - AP,KOSMO

Waaa...Besarnye Buah Dada, Macam Perempuanlah Pula!!

Wow...lelaki China yg memiliki buah dada tbesar dunia.
Kalah kita ni perempuan..hehe3.
Knp buah dada beliau boleh jd sbesar tu ye??

Seorang petani China, Guo Feng, 53, terpaksa menerima rawatan di Hospital Dada Jinan di sini kerana dia memiliki buah dada terbesar di dunia sehingga sering mengganggu tugas hariannya.
Lelaki itu berkata, buah dadanya mula membesar 10 tahun lalu dan keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk tempatan sanggup berbaris panjang di ladang tenusu miliknya untuk melihat dan kemudian mentertawakan pula dirinya.

Mereka akan memaksa Feng memakai baju tebal sepanjang masa walaupun semasa cuaca panas dan dia mendakwa terkilan dengan keadaan itu sehingga pernah bercadang untuk memotong sendiri buah dadanya jika tiada sesiapa yang mahu membantu.

Twilight Eclipse Akan Mengegarkan Pawagam Pada 30 June 2010

Credit: Google

Jgn ketinggalan peminat Twilight Saga.
Movie siri ke-3 iaitu Twilight Eclipse akan mgegarkan pawagam pd 30 June 2010.
Ada 3 bulan lebih lg.
Rs tak sabar nk tgklah pula.
Wpun dah tau jalan ceritanya.
Yelah...kan hari tu aku baru habis baca buku siri ke-3 ni.
Tp nk tgk aksi pelakon dlm filem jg.

Dgr cerita lebih hebat, lebih romantik & mendebarkan.

Plot Summary 

Bella (Stewart) once again finds herself surrounded by danger as Seattle is ravaged by a string of mysterious killings and a malicious vampire continues her quest for revenge. In the midst of it all, she is forced to choose between her love for Edward (Pattinson) and her friendship with Jacob (Lautner) -- knowing that her decision has the potential to ignite the struggle between vampire and werewolf. With her graduation quickly approaching, Bella is confronted with the most important decision of her life. Written by Summit Entertainment
Tgk trailernye pula.

Jgn lupa myaksikan Twilight Eclipse ni ye.

Friday, March 26, 2010

Calon Teman Hidup, Pilih Rupa Atau Hatinya?


 Credit: Google

Dalam mencari teman hidup, kita pastinya ingin memilih yang terbaik untuk diri kita. Sebab ia adalah masa depan kita. Bukannya hidup bersama untuk sehari dua tapi sepanjang hayat kita di dunia ini.

Rata-rata kebanyakan orang lebih memilih rupa seseorang dulu sebelum mengenal hati budinya terlebih dulu untuk mengenali seseorang. Maybe taklah semua.

Kalau ditanya saya pun saya tengok rupanya dulu tapi paling utama hati budi. Macam mana perangai dia dan peribadinya. Saya tak mengharapkan rupa yang kacak dan seseorang yang kaya menjadi teman hidup saya. Bagi saya cukuplah saya rasa orang tu cute di pandangan mata saya, rajin bekerja and bla bla bla.

Ehem....Buffered Earning Lagi, Yang Ke-11


Dah byk buffered earning jd metered earning dah.

Income pula adalah naik sikit.

Kalau nk income byk, traffic mesti power.

Barulah buffered earning berbaloikan..rsnya mcm tu.

Td baru check akaun Nuffnang.

Hari2 aku check tau..mn tau ada berita gempak!!

Tgk2 dpt buffered earning baru lg.


Body shop...buffered earning aku ke-11 utk thn ni.

Jgn lupa terjah ok.

Sapa yg guna body shop product bolehlah tgk apa yg menarik sana.

Bg yg baru mgenali body shop...amat2 digalakkan utk menerokai iklan tu.

Hehehe...ok..jom blogwalking.

Blogku Bernyawa Lagi Bila Geng Blogger Hidup Kembali!!


Tajuk bukan main lg..hehe.
Saja je nk gempak sikit.
Wpun tklah gempak sgt pun.

Happy sikit hati ni, bila buka2 je Geng Blogger.
 
 
Tgk hidup kembali dr kematian sementara.
Entah apa sbbnya bbrp hari ni asyik problem je, tk tahulah aku.
Tp oklah mlm ni.
 
Dptlah blog aku bernyawa kembali.
Boleh aku balas dendam nk ping post.
Traffic bolehlah naik sikit dr hari2 sblmnya.
Income hrp naik jugalah.
Ok...happy blogwalking semua.

Give Away From Bebelanku...By Cik Aida

Kwn2 semua jom join giveaway baru ni.


Hadiah Cik Aida kita tawarkan ialah:
1. tOp up RM30 bagi tempat pertama

2. tOp up rm20 untuk tempat kedua

3. top Up RM10 untuk tempat ketiga
Sapa yg nk top up free.....join giveaway ni.
Dan ada cenderahati misteri buat 3 org yg btuah.

Nk tau apa misteri tu...kenalah jd org btuah ye!!

Syarat pyertaan....simple je:
  1. sila jadi follower ♥bebelanku♥
  2. letakkan sticker give away cik aida yg di atas tu di side banner blog kalian
  3. buat satu entri di mana kalian menyertai entry ini
  4. linkkan ♥ bebelanku ♥ pada entry tersebut
  5. dropkan link blog anda di ruang komen ♥bebelanku♥ ini
  6. click iklan nuff cik aida sekiranya ianya muncul (^-^)
Tarikh tutup adalah 30 April 2010

Kenapa Lelaki Makin Hilang Maruah, Bila Ber’Tuhan’kan Nafsu Iblis

Credit: Google


Aku menulis bukan utk menghina kaum lelaki. Tapi sekadar renungan kita bsama. Kira tersilap kata, pbetulkan.

Bila zaman semakin moden, kehidupan manusia juga makin berubah. Bila dunia makin bertambah uzur, manusia akhir zaman makin berlaku kejam. Hilang sudah erti kasih sayang, hilang sudah rasa takut atas pembalasan Tuhan, hilang sudah erti menghargai sesama manusia.

Di sana sini kita mendengar dendangan dari dada akhbar menyebarkan kes kehilangan maruah seorg lelaki yg ber’Tuhan’kan nafsu iblis. Si mangsanya pula, seorang perempuan hilang masa depan bila maruah diri dicabuli tanpa belas kasihan. Setiap masa igauan ngeri menganggu mimpi indah si mangsa. Emosi terganggu, jiwa hilang ketenteraman. Mampukah si mangsa utk meneruskan pjalanan hidup yg belum pasti mjanjikan apa2 di masa depan. Entah derita mahupun bahagia. Hanya Tuhan saja yg tahu.

Buffered Earning Aku Yang Ke-10


Senangnye dalam hati.

Dpt buffered earning lagi.

Nakku kejar Nuffnang bagi kiss krn bmurah hati bg aku buffered earning lg, tak dpt.

Yelah takut sgt..tgk tu lari pusing dunia..hahaha.


Nilah buffered earning aku yg ke-10.

Sila tepuk tangan..hehe3.

Tk sangka bulan ni, bulan murah rezeki.

Dptlah aku berbelanja lebih lg...p shopping dgn duit Nuffnang.

Buat kwn2 blogger yg baik hati...jgn lupa tembak iklan tu ya.

Usha2 apa yg best sgt tu.

Untung2 makin murah rezeki engko org..huhu2.

Ok..time to blogwalking.

Nuffnang Bagi Aku Instant Cash RM20 Lagi!!!


Seronok btl hati hari ni.

Utk minggu ke-3, aku dpt lg instant cash project alpha.

Ni dia post yg tmsk dlm kelompok 100 org btuah..hehe3.

My Favourite Surfing Spot

Post simple je.

Kali ni mmg ramai yg join, nasiblah sempat htr hari tu.

Utk minggu ke-4 pun dah send.

Ni dia postnyee..

No Sweat

Mula2 tk de idea nk tulis, tp perah pun perah...otak tu.

T'hasillah sebuat nukilan ringkas.

Hrp dpt jd yg btuah dlm kelompok 100 org tu lg.

Bg sapa yg nk join...clik sini:

Instant Cash Project Alpha

 TQ NUFFNANG YE...LAIN KALI BG LG.

Monday, March 22, 2010

No Sweat


Masalah peluh berlebihan terutama di bahagian ketiak, memang amat memalukan. Ia bukan sana meninggalkan kesan kotor di celah baju anda tapi juga menyebarkan bau masam yang tidak menyenangkan hidung orang yang berada disisi anda.

Masalah peluh ini kerap timbul terutamanya time cuaca panas. Jalan sikit pun terasa peluh keluar. Saya pernah alami keadaan sedemikian. Tak kira cuaca panas ataupun sejuk, asalkan saya cergas bergerak ke sana sini, pasti peluh keluar dan terasa ketiak basah-basah.

Keadaan ini bukan saja dialami oleh saya. Saya percaya ramai lagi yang mengalaminya. Masalah sebegini menyebabkan kita berasa malu untuk tampil lebih yakin di hadapan orang ramai. Yelah, kita pastinya merasa segan kerana bau badan yang tak menyenangkan serta ketiak yang kelihatan basah timbul di celah baju.

Kalau saya pun hidu bau peluh orang lain dan nampak ketiaknya basah, saya pasti akan pusing kepala dibuatnya, pening hidu bau masam ni. Kalau wangi tak pelah...hehe3. Kata kat orang lain pula. Sendiri tu, apa kurangnya. Tapi masalah saya taklah teruk sangat.


Tolong....Kenapa Tak Dapat Masuk Website Geng Blogger??


Alahai Geng Blogger, knp dgn engko hari ni?

Tolong kwn2 Geng Blogger lain...knp website Geng Blogger tk dpt msk?
Kena bagi username & passwordlah pula.


Username apa??
Password apa??
Kan kita login guna facebook akaun je.
Knp boleh mcm ni pula??
Kalau tk isi benda tu...mmg tk dpt nk msk terus website tu.
Geramnyeeeee aku.

Ada sapa2 yg tau psl ni...tolong inform aku ni.
Maybe kwn2 lain pun ada mslh mcm ni juga.
Aku nk ping post ni.
Tolong......hehehe2.

Sunday, March 21, 2010

My Name Is Khan.....Menyentuh Hati Naluriku!!

Cuti hujung minggu, biasanya aku habiskan di hostel je.
Malas nk keluar, lgpun dah keluar smlm.
Keluar sll pun nk pergi mana.
Tempat yg sama je, boringlah.
So, aku layan cerita 'My Name Is Khan'.
DVD yg aku beli smlm.

 Credit: Google

Aku saja je beli DVD ni, sbb aku dgr cerita ni best.
Lgpun pelakonnya aku minat.
Datuk Shah Rukh & Kajol, lama tk tgk mrk dua bganding bsama.

Lgpun jalan ceritanya mmg best, ada lucu, sedih & happy.
Ms adegan sedih tu, air mata aku menitis satu psatu..hehe3.
Emosi pula..biasalah kalau tgk cerita yg mgharukan.

Mmg btl mesej yg dbw cerita ni.
Tk kira kita b'agama apa pun, kita semua sama je.
Yg mbezakan kita ialah sikap samada baik atau buruk.
Agama tk bsalah cuma perangai manusia itu sdiri mjurus kpd pkara yg tk baik.
So, jgn menilai org krn agama tp sikapnya..ok.

Saturday, March 20, 2010

Ibu Hadif's Giveaway

Hari ni join giveaway ni pula.


Siapa nk join giveaway ni...senang je syaratnya.
(Petikan dr tuan punya blog)

syarat² mudah jer :

1. anda mesti lah folower saya (blogger sahaja)
(sape yang belom folo, sile buat demikian sblm 25 mac yer)

2. anda hanya perlu taip 'saya mau jam tangan yang cantik lagi anggun itu!' di ruang komen di bawah. (copy paste je la)

3. done... itu jer! takyah link bagai...

Pemberitahuan :

~ satu pemenang sahaja akan dipilih! jam pon satu jer! tapi, kalau ramai join, hadiah mungkin akan ditambah... seperti biasa, sponsor by vincci! hohoho....

~ Tarikh tutup 25 Mac 2010 jam 12 pm

Apa lg...jom join sama2.

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Rs lama pula tk join contest baru.
Hari ni semak contest baru di Geng Blogger.
Mana tau ada blogger ping contest sana.
Nk juga join.

Ni ha...contest tbaru aku join.

Siapa yg nk join, clik link kat bwh duit RM100 tu ya.
Utk mdpt info lbh lanjut psl contest ni.
Aku malas nk post kat sini..so rajin2lah singgah p sana..hehe3.

Kalaulah aku diberi RM100 ni...aku nk buat pe ya??
Fikir dulu...emmm, rsnya aku tau.
Apa lg aku p belanja member rapat aku makan....
 Chicken Chop


 Tk pun, makan sushi di Sushi King.

Selepas Kahwin, Perlu Ke Berkerja?….Khas Buat Wanita

Credit: Google


Ada sesetengah orang dulu-dulu, kata wanita hanya sesuai duduk rumah uruskan urusan rumah tangga je. Tapi tidak semua yang berfikiran begitu di era moden ini. Setiap lelaki atau wanita sekarang mengejar kerjaya daripada duduk terperuk dalam rumah je. Wanita sekarang lebih maju selangkah dengan kaum lelaki.

Di mana-mana kita dengar wanita sekarang makin menembusi kerjaya yang belum pernah wanita ceburi dulu. Serta boleh merasa bangga kerana seiring dengan apa yang kaum lelaki boleh lakukan. Walaupun secara fizikalnya, ada setengah kerjaya kaum lelaki tidak mampu dilakukan oleh kaum wanita sepenuhnya. Tapi kaum wanita boleh mencuba kerana wanita sekarang lebih suka menyahut cabaran era moden masa kini. Cuma yang penting tidak melampaui batas kewanitaan.

Emm…bagaimana pula dengan anda? Mampukah anda meneruskan kerjaya selepas memasuki alam perkahwinan? Saya rasa ya. Kenapa? Bagi saya kebanyakan wanita sekarang lebih pentingkan kerjaya dan juga mereka tak abaikan urusan rumah tangga. Mungkin ada sesetengahnya yang bersikap terlalu pentingkan kerjaya sampai mengabaikan keluarga yang akhirnya mengakibatkan kepincangan rumahtangga. Kalau dua perkara ini dapat diuruskan secara bijak dan kerjasama antara dua pihak, rasanya tidak ada masalah sangat.

Kerana Percaya Cerita Rakyat, Sanggup Makan Otak Budak!!

Iss...ada juga manusia mcm ni.
Tkkan nk pcaya pkara yg blum pasti lg.
Kasian budak tu, jd mangsa.

Credit:Google


Seorang lelaki China didakwa membunuh seorang budak lelaki berumur 11 tahun dan memakan otaknya bagi mengubati penyakit sawan yang dihidapinya di Yunan.

Pada Rabu lalu, akhbar Shenghuo Xinbao melaporkan Chaoxu, 29, telah ditangkap selepas dia dilihat oleh seorang saksi memegang leher budak itu.

Saksi itu menyatakan budak lelaki itu, Li Xuetang kelihatan seperti tidak sedarkan diri dan terdapat darah pada mulutnya semasa Chaoxu memegang lehernya.

Polis kemudian menemui mayat budak itu ditanam di sebuah ladang kacang pis selepas dia dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada 23 Januari lalu.

Seorang ketua kampung, Wang Wenzhong menemui dua tompokan darah pada batu di ladang itu dan beberapa tulang sebelum mayat budak tersebut ditemui ditanam di kawasan berhampiran.

Giveaway 1st Birthday 'CeRiTa HiDuPkU'

 Nampak giveaway baru kat bloglist sy.
Jom pakat join sama2.

Syaratnye mudah je:
(Petikan dr tuan punya blog)

1) Jadi follower blog CeRiTa HiDuPkU....

2) Buat satu entery kt blog korang... tajuk 'Giveaway 1st Birthday 'CeRiTa HiDuPkU'...copy banner skali ye dan link kan kt entry aku nie...(sticky kan post tu ye)

3) tinggalkan link entry korang kt ruangan komen...untuk aku buat sport check ye...
Tarikh tutup: 19 March 2010 

Hadiah menarik menanti anda...apa dia, sy pun tak tahu..he3.

Friday, March 19, 2010

Seorang Pelajar Dirogol 4 Orang Tentera........Memang Binatang!!

Isss....naik geram baca kes rogol ni.
Entah apalah p'akhir kes mcm ni.
Mcm tk de pgadilan thdp wanita.
Hoi...laki binatang, jgn anggap wanita ni pmuas nafsu smata2.
Jgn ingat tlepas. Tuhan maha mgetahui.
Hari ni engko tlepas, tp esok di hari pgadilan.
Mana engko nk pergi.
Mmg pemusnah masa depan wanita je.
 
 Gambar skadar hiasan..credit:Google

KUCHING — Empat anggota tentera direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai ke atas seorang pelajar berusia 18 tahun di sebuah hotel murah, di sini Ahad lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Dayang Roselind Awang Mahdini, di sini.

Keempat-empat lelaki berusia antara 20 dan 24 tahun itu disyaki merogol gadis dari Lundu berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi di sebuah hotel murah di Padungan di sini.

Mangsa yang dipercayai mengenali salah seorang suspek hanya membuat laporan polis dua hari selepas kejadian.

Sofia Bergambar Dengan Anjing...Betul Ke Mata Aku Ni??

Biar btl minah ni.
Diakan muslim, knp boleh bmain dgn anjing pula??
Sapa2 boleh bgtau...knp???



Gambar pelakon drama terkenal, Sharifah Sofia Syed Hussein yang lebih dikenali sebagai Sofia bersama dua ekor anjing di laman sosial Internet baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang peminat-peminatnya.

Gambar yang dimuat turun oleh Sofia sendiri dalam laman blog miliknya sejak Mei tahun lalu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada khalayak khususnya masyarakat Islam.

Salah seorang peminatnya, Siti Nazariah Isa, 20, berkata, sebagai selebriti Sofia tidak sepatutnya mendedahkan gambar tersebut untuk tatapan umum kerana ia boleh menimbulkan perasaan marah terhadapnya.

"Saya terkejut melihat gambar tersebut dan pada mulanya tidak percaya dia ialah Sofia. Selepas dilihat betul-betul, saya agak kecewa," katanya di sini semalam...petikan KOSMO.

Thursday, March 18, 2010

Buffered Earningku Yang Ke-8 & 9....TQ Nuffnang!!


Rezeki wahai rezeki.
Sykurlah dpt buffered earning lg dr Nuffnang hari ni.
Bulan ni mmg btuah sgt bg aku & blogger yg lain.


Nk tgk jelas...silalah clik gambar tu.
Oh ya..jgn lupa usha2 iklan best tu.
Mana tau bkenan di hati.

Kalau dah dpt buffered earning ni.
Kenalah tingkatkan traffic tinggi sikit.
Barulah ada untung.
Dptlah byk sikit pulangannya.
Kan gitu...anak2 skalian...huhu2.

Oklah...nk blogwalking ni.
Chow dulu....nanti jumpa lg..hehe2.

Ada Baiknya Facebook Ni, Dapat Bantu Pembunuh Ditangkap

Dulu dgr facebook mbawa nasib tk bagus bg sstgh org.
Yelah sampai ada yg kena bunuh.
Bukan semualah mcm tu.
Tp lain pula kali ni...facebook dpt bantu polis tangkap pbunuh yg dikehendaki.
Emmm...mcm mn tu ya?


ROM - Seorang pembunuh upahan Mafia yang kejam dan menggelarkan dirinya sebagai Scarface akhirnya ditangkap pasukan polis Itali kelmarin selepas dia berjaya dijejaki menerusi laman perkongsian sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembunuh itu, Pasquale Manfredi yang berusia 33 tahun berada dalam senarai 100 orang paling dikehendaki di Itali. 

Dia diburu selama setahun untuk membantu siasatan atas dua insiden pembunuhan dua samseng. 

Bapa dua orang anak itu didakwa menjadi dalang pembunuhan dua samseng yang menjadi pesaingnya, Carmine Arena yang dibunuh pada Oktober 2004 dan Pasquale Tripaldi pada 2005. 

Instant Cash Project Alpha RM20....Aku Dah Dapat, TQ Nuffnang!!


Ingat lg post aku pasal:

I Just Love Good Smelling People

Pasti ingat punya...yg bau busuk masam tu..haha2.

Tu topic minggu ke-2 instant cash project alpha.

Wpun agak lewat sikit hari tu ikut serta.

Syukurlah masih sempat mjd salah sorg dlm 100 blogger yg btuah dpt cash RM20.

Ni ha...love letter dr Nuffnang yg infrom aku dpt cash RM20 tu.

Dear Nuffnanger,

Thank you for your participation in Week 2 of Project Alpha's Instant Cash Blogging!

We've credited RM 20 into your Nuffnang account for being one of the first 100 valid entries for Week 2. Don't forget, you can always try your luck at Instant Cash Blogging in the following weeks!
 RM 20 yg dah dicreditkan dlm akaun Nuffnang ku.
Tunggu tempoh matang je.

Wednesday, March 17, 2010

Orang Buta Boleh 'Melihat' Menerusi Lidah.....Macam Mana Pula Tu??

Kecanggihan teknologi skrg memungkinkan si buta melihat menerusi lidah.
Menarik bukan?
So...ini berita gembira buat si buta.
Ptt bterima kasih kpd pcipta tsebut.
Krn ciptaannya telah mbuka ruang baru utk si buta melihat dunia yg indah ini.


Seorang askar Britain yang buta akibat serangan bom di Iraq memberitahu betapa hidupnya telah berubah selepas menggunakan teknologi terbaru yang membolehkannya 'melihat' menggunakan lidahnya. 
 
Askar itu, Lans Koperal Craig Lundberg yang berusia 24 tahun kini sudah boleh membaca, dan berjalan tanpa sebarang bantuan. 

Terima kasih kepada alat yang dicipta oleh satu kumpulan diketuai Gale Pollock, bekas Mejar Jeneral dari pasukan tentera Amerika Syarikat (AS). 

Dia dipilih oleh Kementerian Pertahanan sebagai individu pertama di Britain untuk mencuba peralatan BrainPort yang mampu mencipta revolusi ke atas rawatan orang buta. 

Tuesday, March 16, 2010

Waa....Buffered Earning, Engko Dah Dapat Ke? Aku Dah!!


Semalam tgh aku ronda2 di Geng Blogger & Innit, tnampaklah post member blogger yg lain. Semua cerita psl buffered earning yg mereka dpt. Emm...npk gaya bulan ni, bulan murah rezeki bg sstgh member blogger kita yg lain ye. Makin btambahlah pocket money dr Nuffnang ni.  Bila dah senang jgn lupa aku ye? Nk jg tumpang gembira....itu je dpt aku buat. Nk minta belanja, payahlah kan? Hehe3.

Walaupun dpt satu atau dua buffered earning, kira bsyukurlah sbb Nuffnang ada bg utk anda. Serba sedikit bg semangat utk anda terus berblog. Lepas ni kenalah rajin blogwalking, post & pingkan blog anda di mana2 community yg anda gemari. 

Nilah antara post yg diping oleh Geng Blogger smlm psl buffered earning yg mereka dpt. Maaf ye tuan punya blog, aku bubuh post ping anda kat sini. Aku doakan makin btambahlah rezeki anda & juga blogger yg lain.

Gila Punya Suami....Suruh Isteri Buat Seks Dengan Lelaki Muda

Isss......mmg otak suami mcm ni tk btl.
Utk kepuasan sdiri sanggup upah org buat seks dgn isterinya sdiri.
Mmg kurang ajar punya org.
Ptt bg hukuman berat ni.


KUALA LUMPUR - Seorang wanita berusia 61 tahun terpaksa menjalani kehidupan ibarat di dalam 'neraka' gara-gara kelakuan suaminya yang kerap memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Lebih malang lagi, setiap perlakuan seks tersebut akan dirakam oleh suaminya menggunakan kamera video sebelum ia ditonton semula lelaki itu kononnya sebagai kepuasan diri sendiri.

Setakat ini, wanita itu telah dipaksa menjalinkan hubungan seks dengan lebih 30 lelaki muda berusia 21 hingga 40 tahun. Lelaki-lelaki berkenaan dibayar upah tertentu, kebanyakannya dalam bentuk minuman keras..petikan:Kosmo

Monday, March 15, 2010

My Favourite Surfing Spot


Setiap orang pasti mempunyai ‘surfing spot’ kegemaran sendirikan?  

Sama ada di rumah, cybercafé mahupun tempat kerja.

Bagi saya tempat paling saya gemari ketika melayari internet ialah bilik hostel tempat kerja saya.

 
Di sinilah saya habiskan sepanjang masa yang terluang dengan surf internet. Yelah lepas habis kerja, tak de benda lain nak buat. Bukannya ada tv pun kat bilik hostel saya ni. Jadi, dunia mayalah yang selalu menemani saya.

Waktu cuti pun kalau tak ke mana-mana memang saya akan terperap dalam bilik melayan kerenah alam maya saya melalui boardband yang saya beli tahun lepas. Laptop ni pun saya beli tahun lepas juga. Semua untuk keperluan keboringan yang melanda diri saya ni. Yelah kalau tak ada laptop & internet, takkan nak tengok syiling jekan? Nanti jadi orang tak betul pula. 

Selalunya kalau saya surf internet laman web yang saya gemari ialah Facebook, Nuffnang, Geng Blogger, Youtube, Kosmo dan pastinya blog saya sendiri. Selain tu ada juga tengok laman web lain. Yang saya senaraikan tu, yang paling kerap saya kunjungi. 

Sebab Bimbang, Umie Aida Hampir Batalkan Pernikahannya!!

Iss....sampai begitu skali bimbang Umie aida kita ni.
Yelah nk menempuh alam baru.
Mmglah gementar sikit.
Lebih2 lg nk kawen dgn org tkenal jugak tu..hehe3.
Dua hari sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk bernikah, pelakon Umie Aida hampir membatalkan hasrat Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang mahu memperisterikannya.

Apa yang lebih membuatkan keadaan huru-hara ialah Umie tanpa rasa bersalah memaklumkan hasratnya itu kepada ibunya, Asmah Ali yang benar-benar tergamam sebaik mendengar khabar buruk itu.

Semuanya disebabkan oleh perasaan takut dan bimbang Umie tidak mampu menjadi isteri orang selain risau tidak boleh membahagiakan teman hidupnya itu....petikan:Kosmo

Ribuan Lelaki Tawar Jadi Kekasih.....Waa, Popular Betul Awek Ni Ya!!

Beribu lemon lelaki nk jd kekasih hanya gara2 tbaca hasrat awek ni pd kad sempena hari wanita. 
Npk gaya awek ni mmg cantik & cun melecun kot.
Kalau tak, takkan ramai yg nak...kan!!
Dah tu tak berani nak keluar pula.
Tkejut sgt agaknya atau rambang mata, nak pilih yg mana satu.
Hahaha.....apa2 jelah.

Seorang gadis yang menjadi pelajar di sebuah universiti di China, Zhang Mengqian terkejut apabila ribuan lelaki menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.
 
Ribuan lelaki tersebut menunggu di perkarangan asrama pelajar wanita itu selepas dia menyatakan sedang mencari kekasih yang sesuai menerusi satu mesej pada kad sempena Hari Wanita.

Namun, respons yang diterimanya amat mengejutkan.

Ribuan lelaki bujang memenuhi kampus Universiti Sains Elektronik dan Teknologi di Chengdu, Sichuan pada
Khamis lalu selepas Mengqian mendedahkan hasratnya itu. 

Sunday, March 14, 2010

Di Hujung Minggu, Bestnye Dapat Lepak Di Tanjung Batu

Kadang2 hujung minggu mcm ni, best juga lepak2 sambil makan angin kat tepian pantai.
Jgn makan angin sampai kembong perut sudahlah...huhuhu.

Kalau kat tpt sy ni, tpt paling ramai org bkunjung di hujung minggu ialah Pantai Tanjung Batu.
Mmg penuh org...bukan saja nak lepak2 hirup udara segar di situ.
Tapi juga nak menikmati ABC, satay, rojak & pelbagai makanan lain.
Ada stghnya pergi bermandi manda, tk kurang pula yg main bola sepak, ada juga yg buat bbq & mcm lg aktiviti yg dilakukan di Tanjung Batu ni.

Sy dgn kwn sy just nk lepak je....tenang sikit fikiran.
Kuranglah tension & keboringan...hehehe.
Nk makan, perut pun dah kenyang.
So....jalan2 jelah.


Pantai kat Tanjung Batu ni, tklah secantik pantai di Langkawi.
Tp syukurlah juga kan..boleh lepak2.


Kwn rapat sy tgh main2 air..hehehe.


Kat sini, kita boleh tgk org dating.

Saturday, March 13, 2010

Project Alpha: Instant Cash Blogging...Bagi Siapa2 Belum Tahu, Check Sini!!


Aku rasa ada stgh dr kita sini yg msh tak tahu yg Project Apha Season 2 ni ada menawarkan Instant Cash Blogging setiap minggu.


Setiap minggu mrk akan mberi new topic utk anda karang.
Skrg ni baru minggu kedua je.
So...minggu ni topicnye 'I Just Love Good Smelling People'
Pasti ada yg perasankan...ramai blogger post psl topic ni.
Semuanya psl instant cash yg ditawarkan oleh Nuffnanglah utk Project Alpha ni.
Minggu ptama ramai dah yg dpt, mgikut kelayakan yg Nuffnang tetapkanlah.

Amarah.....Tolonglah Hargai Wanita!!

 Geram dgn laki yg bsikap binatang.
Tk fikirkah sblm buat sst pkara?
Aku marah sbb nilah.
Cuba ko org baca:

Sembilan Lelaki Rogol Satu Perempuan...Memang Binatang!!!

 Cubalah hargai wanita sikit...jgn buat mcm binatang.
Jgn ikut nafsu syaitan.

  Credit: Google

Eiiii....amarah nya aku.
Elok aku layan lagu ni je...haha3.

Lirik Siti Nurhaliza & Krisdayanti - Amarah

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."